Nak berkongsikan satu kisah benar kasih seorang ayah
terhadap anaknya, kita semua mungkin bakal lalui pengalaman yang sama kelak.
KERANA DIA SEORANG AYAH – Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat
kalian
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti
pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih
melihat-lihat laptop yang ada di kedai.
Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak
beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku
mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah.
“Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang
nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia,
dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka
mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi
dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja,
kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke
kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi
tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku
menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” –
“Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka
yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih
mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut
dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat
dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam
nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya
kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat
– warenti setahun.”. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti
mengerti kerut wajah bapanya.
“Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit
dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira
duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan
untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula
– dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan
dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”. Dia dan
anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang
diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana
si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya
bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut
awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit
yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’
untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua
ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu
kecil. Amin…
Sumber : http://fuh.my/kisah-benar-yang-menyayat-hati-kasih-seorang-bapa/
Dr Fuh – Adakah kita selalu fikirkan dari mana duit mak ayah
kita dapat untuk besarkan kita? Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan dan
kesusahan mak ayah kita demi menyara hidup kita dengan lengkap?
Renung-renungkanlah kisah benar ini, kerana kita juga bakal melaluinya.
~ sOMedAy I wiLL finD mY pRincE cHARmiNg,
buT mY dAddY wiLL aLWAys bE mY kiNg ~
No comments:
Post a Comment