Tuesday 29 October 2013

kEk cOKLat MoisT - kUkuS

gambar hiasan

setiap kali nak raya, setiap kali adik aku nak buat kek coklat, setiap kali tu la aku terpaksa mengarang sms yang panjang lebar untuk resepi kek coklat...so sekarang aku cam dah malas nak sms yang panjang lebar tu...next time kalau dia nak resepi, dia boleh tengok kat blog aku ni ha...

Bahan A
* telur 6 biji
* gula kasar 4 cawan

Bahan B
*susus cair 1 tin
*air biasa 1.5 cawan
*nescafe 2 sudu teh

Bahan C (dicampur)
* serbuk koko 2 cawan
* tepung gandum 4 cawan
* baking powder 2 sudu teh
* soda bikabornat 2 sudu teh

Bahan D
* minyak 2 cawan

Topping
* serbuk koko
* gula kasar
* air

1.  Kisar sebati telur bersama gula.
2. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dan kisar sebati.
3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikt dan kisar sebati.
4. Last sekali masukkan bahan D sedikit demi sedikit dan kisar sebati.

*Masukkan ke dalam loyang, pastikan loyang tersebut ditutup bg mengelak wap menitis ke dalam adunan. Boleh la dikukus dengan api yang sederhana selama sejam.
*Topping perlu dimasak dengan api yang perlahan. Sukatan bergantung kepada citarasa sendiri. kalau nak pahit lebihkan koko, kalau nak manis lebihkan gula, kalau nak pekat kurangkan air, kalau nak cair lebihkan air.

Memang tersangat senang dan rasanya super duper sedappp....nak tau best tak best cuba try test tengok..

p/s: resepi di atas adalah untuk dua adunan..;p


~EatiNG iS a nEcesSitY 
bUt cOokiNG iS aN aRt~


kAsiH seORanG baPa



Nak berkongsikan satu kisah benar kasih seorang ayah terhadap anaknya, kita semua mungkin bakal lalui pengalaman yang sama kelak. KERANA DIA SEORANG AYAH – Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai.

Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

“Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…

Sumber : http://fuh.my/kisah-benar-yang-menyayat-hati-kasih-seorang-bapa/


Dr Fuh – Adakah kita selalu fikirkan dari mana duit mak ayah kita dapat untuk besarkan kita? Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan dan kesusahan mak ayah kita demi menyara hidup kita dengan lengkap? Renung-renungkanlah kisah benar ini, kerana kita juga bakal melaluinya.


~ sOMedAy I wiLL finD mY pRincE cHARmiNg,
buT mY dAddY wiLL aLWAys bE mY kiNg ~

~ mE ~


Dah lama aku tak update blog ni...kali ni aku nak update pasal my daughter & myself... di bawah ni ada beberapa pic yang nak aku kongsi....

Ni mASa HaRi rAYa puASa

ni mASa lEPak kAt domiNo's PizZa

moDEL ciLiK

mAkE oVEr

Actually sejak stay kat Johor ni..my lifestyle totally change, so does my daughter...life quite stressful and I try to adapt as much as possible..really hard...kekadang my daughter jd mangsa, dulu aku tak pernah nak marah-marah, sekarang asyik kena marah ngn aku je..hari-hari aku terfikir nak turn back to my hometown..everyday when I wake up I definitely thought for awhile, thinking..rasa menyesal pun ada..hahahaha

Planning to rent a house, at least boleh la create cara hidup sendiri..kalau bangun lewat ker, seminggu tak sapu sampah ker, masak tak sedap ker, sidai baju tak pandai ker, tak buat bekal untuk husband aku ker, takder sapa nak merungut, takde saper nak ngata, kan,kan???...ditambah pula aku ni 'keras kepala', memang pun aku keras kepala..hehehe....almaklum la, aku ni bukannyer rajin sangat, mungkin bukan sepertimana yang orang lain harapkan..daripada nk stresskan diri dan orang lain better aku rent a house..macam kata-kata ahli agama 'kalau dah kawin seeloknyer duduk asing, belajar hidup berdikari, jadi kita bebas buat apa pun dengan cara kita sendiri'..itu yang aku tengah nak cuba buat ni...

Unemployed...bosan yang amat...belajar tinggi-tinggi tapi jadi penganggur tehormat...I believe that my parents disappointed with my status as unemployed..PTPTN pun kecewa, dah tak kejer, camner aku nk bayar...jadinyer hutang aku akan bertambah-tambah la....Insyaallah, ada ezeki aku akan dapat kejer tu...doa-doakan la yer...amin..


~sOMetiMEs gOoD tHinGs faLL apARt
sO bEtTer tHinGs cAn fALL toGEther~



Sunday 13 October 2013

kiSAh mAT reMPit yG suPEr poWEr




Johan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Johan terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Johan telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Johan sehingga tembus ke belakang tengkuk Johan.

Bergegas Pak Mat ayah Johan ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Mat bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Mat: Bagaimana keadaan anak gua doktor?

Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Mat: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?

Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Mat: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?

Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Mat: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…

Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Mat: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!



**Kwang kwang kwang….kepada mat rempit diluar sana, jangan marah yerr..sekadar gurauan icon smile Cerita Lawak Serius! Kisah Mat Rempit Yang Super Power


sumber:http://fuh.my/cerita-lawak-serius-kisah-mat-rempit-yang-super-power/#sthash.pmKPFkkH.dpuf


~ wHEn mEn aRe puRe, 
LawS arE useLESs ;
wHEn mEn arE coRruPt, 
LawS arE bROken~



beRZinA deNGaN ikHLaS..????


Berzina Dengan Ikhlas | Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

......

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

WALLAHUALAM

sumber: http://beritamyon9.blogspot.com/2013/02/berzina-dengan-ikhlas.html


~ wHen LifE iS rOUgh..PRAY..
wHeN LifE iS grEAt..PRAY..~




hP cASe + Hp stRAp tO grAB..!!!


pROmo tiME..!!!
RM13.00/paCKage


Oleh kerana aku rasa aku tak sempat nak siapkan kalau-kalau ada yang nk request HP case design dia orang sendiri, so aku design sendiri and dia orang pilih yang mana berkenan...

Gambar adalah lima design yang telah aku buat..untuk bahagian depan & belakang serta design HP strap..Aku buat design tapi aku tak jahit sepenuhnya, sebab untuk design belakang, customer boleh request untuk taruh nama..customer akan pilih package yang berkenan dihati dan nama untuk dilekatkan dibelakang..bila dah conform, baru aku akan taruh nama & jahit sepenuhnyer...

Hp case ni, sepenuhnyer aku gunakan polyfelt dan aku akan gunakan elastic band diatas untuk mengelak HP terjatuh..saiz package ni 8cm x 13cm...besar gak ni...jadi untuk sesiapa yang berminat bolehlah to my fb https://www.facebook.com/sispija.craft atau sms ke  013-5325727..



pROmo tiME..!!!
RM3.00/pCs
RM5.00/ 2 pCs @ paiR

Kat atas ni lak HP strap...kecil jer sesuai untuk diletakkan pada HP..Biasanya aku jual RM3.50/pcs sebab bercorak & customer boleh request untuk letak huruf kat belakang...untuk promo time ni harga dikurangkan menjadi RM3.00/pcs, kalau nak sepasang RM5.00.

So laju-laju la PM aku di https://www.facebook.com/sispija.craft...


~ tHe onLY waY tO dO grEAt woRK
iS tO LoVe wHat yOu dO~



Saturday 12 October 2013

aYAm bERciLi


Salam Saturday....

Resepi untuk kali ini adalah ayam bercili...ntah betul ke tak namaye aku pun taktau...aku hentam jerrr...hahaha

Sejak aku stay kat Johor ni memang jarang sangat aku nak merajinkan diri untuk masak..ntah la, taste orang Langkawi & Johor tak sama...kalau aku masak memang sedap jer kat lidah aku, tapi belum tentu sedap kat lidah orang sini...so better aku jadi pembantu tukang masak jer...hahaha

Jumaat lepas, mertua aku g kenduri kat Segamat rasanyer...oleh kerana dia g awal, so dia siap masak untuk lunch sebelum dia pergi...so aku jadi tukang makan jer la...huhuhu ...menu utama yang dimasak adalah ayam goreng, yela nanti cucu2 dia balik sekolah nak makan, budak-budak kan suka makan ayam...

aku lak...rasa cam dah jemu makan ayam goreng ni...aku terasa nk sesuatu yang pedas...jadi aku pun olah ayam goreng tu jadi ayam bercili...senang dan sedapppp...tapi pedas siot sebab terlebih cili...hehehe

Bahan-bahan
* Cili Api - 5 biji
* Serai - 2 batang
* Halia - sepotong kecil
* Bawang Putih- 3 ulas
* Bawang Besar- 1 @ 2 ulas
***ayam / sotong yang telah digoreng

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan-bahan yang berbintang 1
2. Tumis minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar
3. Masukkan sedikit air
4. Tambahkan bahan perasa ( garam, gula, ajinomoto)
5. Masak ramuan tersebut hingga kering dan cukup rasa.
6. Last sekali masukkan ayam/sotong yang telah digoreng. Gaul sebati...

...mudah dan ringkas tapi sedapp....


~gOoD fOoD iS wiSE mEDiciNE~



Tuesday 8 October 2013

sAMbaL goREnG aLa jOhoR


Morning..!!

Mata mengantuk, mulut menguap, kipas no.3...kalau dapat bantal, sedap ni tido...hehehe
Actually sajer nak kongsi resepi di pagi hari ni...nama masakan ni pun aku tak sure sangat tapi my husband kata 'Sambal Goreng'...ye ker sambal goreng??...lantak la...sambal goreng ala Johor kot...

First time aku makan masakan ni masa aku kat Johor, Langkawi tak famous rasanyer sebab tak pula mak aku penah masak masakan ni...


Bahan Utama:
1. Cili besar - dipotong halus
2. Ikan bilis
3. Bawang, Minyak ( untk ditumis)
4. Secubit belacan

Bahan Tambahan:
1. Petai
2. cencalok
3. Oren Sunquick

Bahan Perasa : garam, gula, ajinomoto

Cara Masakan:
1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis, then masukkan bawang.
2. Masukkan cili besar yang telah dipotong halus, masukkan petai diikuti cencalok & sunquick
3. Masukkan bahan perasa secukup rasa.
.......siap....(sorry terlupa nk ambil gambar masakan ni..;p)

Senang kan???....rasanya pun sodaaapppp...!!!!
Masakan ni macam masakan campak-campak jer, tak perlu nak teliti sangat...kalau taknak taruh bahan tambahan tu pun takper, masak jer bahan utama then ikut selera masing-masing, nak tambah sotong ke, udang ke, boleh jer....

kalau tetiba buka peti sejuk takder lauk untuk dimasak, masak je sambal goreng ni, sedap kalau makan dengan nasi...tapi jangan amalkan selalu sebab main ingredient dia cili besar...bahaya gak takut kena apendiks sebab for sure la kita akan makan sekali ngan biji cili tu...sesiapa yg mengidap gastrik pun kena kurangkan makan macam ni sebab pedas sikit...;p


..FoOd iS fUeL noT thERapY..



Thursday 3 October 2013

nAFkaH isTEri dAn iBu bApA, mANa yG didAHuLUkaN???




Soalan:

1. Apakah hukum suami yang selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarga di kampung?-suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.

2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawa-b pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.


sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html







Wednesday 2 October 2013

'sURi rUmaH' vs. 'tiDAk beKerjA'..??


Jangan Pernah Kata Isteri Anda Tidak Bekerja Walaupun Dia Suri Rumah

Berikut adalah Soalan dan Jawapan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P):

P: Apa yang anda lakukan untuk hidup Encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.

P: Isteri Anda?
S: Beliau tidak berkerja. Beliau adalah Suri rumah sahaja.

P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.

P: Pada apa masa isteri anda bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun pada kira-kira 05:00 pertama kerana dia membersihkan rumah sebelum membuat sarapan.

P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.

P: Selepas mengantarl anak-anak ke sekolah, apakah dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan pencucian pakaian. Anda tahukan dia tidak berkerja.

P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.

P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.

Dari cerita di atas, yang manakah anda berfikir lebih berkerja??

Setiap hari isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Yang dipanggil ‘TIDAK BEKERJA’?!

Hargailah isteri anda. Kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami dan menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

“Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya.”


Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.



..tHe LoVe oF a FaMiLy
iS LifE's grEATesT bLesSinG..


bAKteriA saLmonELa dLm aYam mASaK merAh pUNca maUT daLaM kerACUnan MAkanaN


SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela,” katanya.


Bakteria Salmonela

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.- Sinar


maklumat tambahan



Tuesday 1 October 2013

3 mATi, 2 kRitiKAL : KerACunAn maKAnaN keNdurI kAwiN

JERAI 30 Sept. - Tiga maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari ini manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.

"Mangsa lewat mendapat rawatan kerana mereka tidak ke hospital dengan segera selepas mengalami cirit-birit dan keracunan makanan.

"Saya ingin nasihatkan mereka yang telah menghadiri kenduri tersebut segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda keracunan makanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut ibu Mohd. Nor Rahmat, Che Norma Khalid, 45, anak tunggal lelaki daripada lima beradik itu menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut bersama suaminya, Yusof Ariffin, 50, yang turut mengalami sakit perut, namun tidak serius.

"Selepas balik dari rumah kenduri, anak saya belum rasa sakit, dia mula rasa pada waktu malam dan hari ini lebih teruk.

"Kami bawa dia ke Hospital Yan pagi tadi selepas mendapati dia tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang," katanya ketika ditemui.

Che Norma berkata, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir itu dikatakan makan nasi bersama ayam masak merah.

Sementara itu sepupu Nurshazana, Hairul Azhar Harun, 33, berkata, mangsa mula berasa sakit perut setelah pulang daripada kenduri tersebut dan sakitnya bertambah teruk pada hari Ahad sehingga dia enggan keluar dari bilik.

"Kami ingat hari ini nak bawa dia (Nurshazana) ke klinik tetapi pagi tadi dia pengsan dalam keadaan tertiarap dalam bilik dan kira-kira pukul 12.45 tengah hari disahkan meninggal dunia.

"Ibu dan adik-adiknya ada juga rasa sakit tetapi tidaklah seteruk dia," katanya.

Dalam pada itu, tuan rumah majlis perkahwinan tersebut, Yusuf Ahmad, 55, tidak menyangka acara perkahwinan anak keduanya bertukar menjadi tragedi apabila tiga orang jemputan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.

Beliau berkata, pihaknya hanya menghidangkan ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis bersama kacang yang dimasak secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

"Yang masak sebahagian daripada makanan itu kakak saya, Solehan Harun dibantu saudara-mara yang lain, saya tidak sangka kes seumpama ini boleh berlaku," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Haslina Yusuf, 22, dan pasangan, Mohd. Fauzan Zakaria, 26.

"Saya amat terkejut bila mengetahui ada kalangan mereka yang makan kenduri itu alami cirit-birit dan muntah, termasuk dalam kalangan anggota keluarga sendiri," katanya.

Yusuf berkata, isterinya, Fauziah Nawawi, 40, dan dua anak mereka turut menerima rawatan di Hospital Yan akibat peristiwa itu.