Monday 31 March 2014

BeLAjarLAh dARi sEMut



Ayuh kita belajar dari semut walaupun dari beberapa ayat di dalam Al-Quran.


Pertama: Tekun dalam pekerjaan

Tidak syak lagi bahawa kualiti kerja dan tekun dalam pekerjaan amat penting dalam pengurusan kini. Sehingga kita dapati semua perkara yang berkait dengan pengurusan mesti bergandingan dengannya ketekunan. Dan yang dikatakan kesempurnaan kualiti itu ialah seseorang itu melaksanakan kerja dalam sebuah tanzim (organisasi) semaksima mungkin tanpa sedikitpun berlaku kesilapan, berdasarkan etika kerja yang telah disepakati –sekalipun tidak tertulis- mengikat antara semua individu yang ada di dalam tanzim dalam lingkungan yang saling melengkapi satu sama lain. Kesilapan seorang atau sebahagian akan memberi kesan negatif kepada yang lain. Benarlah apa yang disabdakan Nabi saw tentang kaitan hubungan tersebut di antara para mukminin dengan ‘satu jasad’ dalam toleransi dan kasih sayang dan ‘seperti binaan yang menyokong antara satu sama lain’ di dalam kekuatan dan keutuhan.

Kesimpulan itqan secara umum (tekun dlm kerja) dalam mana-mana organisasi dari semua individu di mana-mana tempat sekalipun; ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah Ta’ala.

Iaitu apa yang kita pelajari dari kisah semut; ia menunaikan tugas yang menjadi kewajipan dengan cemerlang –darjat itqan- Ketekunan itu membawa kepada terlaksananya objektif. Semut berkenaan telah memberi amaran kepada kaum kerabatnya pada waktu yang sesuai dan akhirnya menyelamatkan mereka semua daripada bencana yang bakal menimpa.

Kedua: Sedar, prihatin dan iltizam (komitmen)

Ketiga-tiga perkara ini penting bagi menjayakan satu-satu tugas sebagaimana yang ditunjukkan oleh semut tersebut. Tanpa sifat di atas tidak mungkin sesuatu tugas dapat disempurnakan. Bahkan kelekaan sedetik boleh mengakibatkan kemusnahan menyeluruh kepada anggota tanzim. Justeru menjadi kemestian bagi setiap anggota tanzim tekun dan ihsan melaksanakan tugasan yang diamanahkan sehabis kemampuan dengan penuh sedar dan prihatin. Dia sebenarnya berada pada satu sudut penting dari semua sudut tanzim, jangan sampai bahaya datang melalui sudut di bawah jagaannya. 

Kecuaian daripada seorang atau beberapa individu dalam tanzim tidak hanya akan memudharatkan mereka yang berkenaan sahaja, malah ia akan mendatangkan kemudharatan dan kerugian kepada semua yang berada dalam tanzim. Lihatlah apa yang berlaku dalam peperangan Uhud apabila beberapa individu para sahabat mengingkari arahan Rasulullah saw; ia merupakan bukti betapa pentingnya keprihatinan dan komitmen yang padu perlu wujud dalam bertanzim.

Ketiga: Semangat dan kehendak yang kuat

Kita perlu faham bahawa setiap perkara besar yang ingin dilaksanakan perlu kepada semangat dan kehendak yang kuat bagi menjayakannya. Musuh utama dalam diri manusia ialah lemahnya semangat dan kehendak. 

Berkata penyair:

Keazaman datang mengikut kadar kuat azam seseorang
Kemuliaan datang mengikut kadar mulianya seseorang
Perkara besar akan jadi kecil apabila orang itu jadikan ia kecil
Perkara kecil akan jadi besar apabila orang itu jadikan ia besar

Dari sini kita tahu bahawa apa yang dilakukan oleh semut berkenaan sebenarnya didorong oleh keikhlasan, komitmen dan semangat yang tinggi. Kalau tidak pasti ia akan mendiamkan diri, malas dan menyerah sahaja kepada taqdir…

Keempat: Keazaman yang kental/utuh

Apabila semangat mendorong melakukan persediaan, meletakkan perancangan dan mengambil sebab-sebab yang akan membawa kejayaan, maka keazaman bermakna menetapkan hati untuk meneruskan apa yang dirancang tanpa ragu-ragu saat perlaksanaan tanpa menghiraukan apapun halangan.

Berkata penyair Al-Mutanabbi:

Bila engkau ada pendapat maka milikilah keazaman
Kerana rosaknya pendapat bila adanya keraguan

Jelas dari pendirian yang diambil oleh sang semut bahawa ia bukan hanya memiliki semangat yang tinggi untuk memenuhi faktor kejayaan, malah ia giat melaksanakan usaha mencapai matlamat tanpa menghiraukan apapun halangan sekalipun terpaksa menggadai nyawanya sendiri. Keazaman kental seumpama ini jarang terdapat pada manusia banyak maupun mereka yang terlibat langsung dengan pengurusan. Bayangkan jika sang semut teragak-agak dalam tindakannya atau lambat membuat keputusan, maka ia tidak akan dapat laksanakan tugasnya, seterusnya menyelamatkan kaum kerabatnya daripada bahaya yang pasti. Saya akan terangkan lebih terperinci dalam konteks pengorbanan nanti.

Kelima: Pengorbanan dan tiada kepentingan diri

Tiada kerja tanpa ketekunan dan jihad, tiada jihad tanpa pengorbanan. Setiap matlamat atau hadaf (objektif) tidak syak lagi perlu kepada jihad dan pengorbanan pada jalannya. Pengorbanan ialah sama ada dengan masa atau harta benda atau yang paling tinggi ialah dengan nyawa. 

Pengorbanan tersebut perlu kepada intima’ (penggabungan) yang tinggi, bahkan kaitan antara semua objektif individu dan tanzim perlu sejajar sampai ke tahap ‘peleburan’…paling tinggi yang menjadi cita-cita setiap tanzim terhadap anggotanya. 

Sang semut sebagai salah seekor dari kaumnya yang ditaklifkan untuk melaksanakan tugas tertentu –meninjau dan mengeluarkan amaran- telah menunjukkan pengorbanan yang dahsyat demi kaumnya. Ia telah bergegas mengerahkan tenaganya berdepan dengan Nabi Sulaiman dan bala tenteranya. Ia bernasib baik kerana kata-katanya itu didengari oleh Nabi Sulaiman. Sang semut tadi boleh –kalau ia mahu- selamatkan diri sendiri tanpa bersusah payah berusaha memberi amaran kepada yang lain, namun ia tidak hanya mementingkan dirinya sahaja…. Ia terus segera mendapatkan kaumnya menongkah arus laluan bala tentera, bersabung nyawa kerana boleh jadi ia akan terkorban sebelum sampai ke tempat kaumnya berkumpul. Alangkah hebatnya pengorbanan Sang semut ! Nyawanya menjadi taruhan dan tiada langsung kepentingan diri sendiri…. Dari sini kita dapat belajar berpandukan kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada Nabi Sulaiman. Bukan sekadar baginda memahami bahasa haiwan, bahkan kebijaksanaan dari tindak tanduk haiwan pun dapat dimengerti oleh baginda alaihissalam.

Keenam: Peraturan dan pembahagian kerja

Dari kisah Sang semut ini kita dapat memahami betapa berdisiplinnya ia. Bukan sekadar berdisiplin dan pandai mentadbir bahkan dapat merancang untuk masa depan. Kisah tersebut menggambarkan bahawa di sana ada peraturan dan pembahagian kerja atau tanggungjawab yang ditentukan terdahulu… seolah-olah Sang Semut berkenaan telah ditaklifkan untuk ‘berkawal’. Al-Quran menyebutkan ia sekadar Sang Semut biasa, membuat tinjauan untuk mengeluarkan amaran dan peringatan agar kecelakaan dapat dielakkan mengikut perkiraan masa yang mencukupi… Ia bukan ketua.. “Berkata Sang Semut”… Ia telah berjaya menjalankan tugasnya seperti semut-semut yang lain juga. Semua semut-semut yang ada pada hari itu menjalankan tugas masing-masing secara berimbang serta saling menyempurna antara satu sama lain dalam lingkungan disiplin menyeluruh yang amat indah sekali. Sang Semut secara kolektif dilihat mempunyai disiplin yang amat indah…

Ketujuh: Mengurus kecemasan

Ini pelajaran yang amat berguna. Bagaimana menguruskan kecemasan atau kecelakaan? Yang terpenting dalam asas mengurus kecelakaan ini ialah mengelakkan dari berlaku sejak awal lagi. Ia tidak mungkin dapat dilakukan melainkan melalui scenario andaian atau kebarangkalian berlaku kecelakaan; soalnya apa akan jadi bila berlaku sekian?? Dalam konteks kisah Sang Semut di atas, kecelakaan yang bakal berlaku ialah kedatangan bala tentera dalam skala besar menuju ke arah ‘negara semut’ tanpa disengajakan…lalu akan membinasakan keseluruhan ‘negara semut’ tadi. Justeru meminimakan kadar kecelakaan adalah dituntut; namun ia tetap merupakan kecelakaan juga. Oleh itu apa yang boleh dilakukan ialah berusaha sehabis kemampuan untuk mengurangkan kemalangan iaitu dengan mewujudkan stesyen-stesyen amaran awal dan siaran amaran kecemasan sebelum berlaku dalam tempoh waktu yang sesuai untuk membuat persediaan….

Dalam situasi yang berlaku kepada Sang Semut di atas, ia telah memberi amaran awal berdasarkan andaian akan berlakunya kecelakaan secara pasti… hingga nyawanya menjadi taruhan –seperti yang dikisah sebelum ini- Di sana ada andaian bahawa Nabi Sulaiman dan bala tenteranya kemungkinan akan merempuh ‘negara semut’ dan ada andaian lain bahawa mereka akan melencong ke laluan lain.. Semua itu kebarangkalian yang akan berlaku. Sang Semut tidak membuat andaian yang ketiga, contohnya ia kata: “Insya Allah semua baik-baik saja, jangan bimbang kita semua akan selamat… ” Akan tetapi ia memutuskan untuk memberi amaran awal sehingga bahaya yang bakal menimpa dapat dielakkan dan kecelakaan dapat diringankan sedapat mungkin.

Kelapan: Bersegera (tidak bertangguh)

Semangat untuk segera bertindak di sini jelas dilihat pada usaha menunaikan tugas tanpa berlengah. Sang Semut tidak menunggu-nunggu atau berserah bulat-bulat tanpa apa-apa usaha atau menunggu yang lain melakukan tugas tersebut. Tiada dalam fikirannya ‘kenapa semestinya saya yang lakukan’…’yang lain buat apa?’ Tetapi ia bangun menjalankan tugas tanpa disuruh sebagaimana kata-kata Thorfah ibnul Abd dalam mu’allaqahnya:

Apabila kaum itu berkata: Siapa pemuda itu? Aku menjawab ..saya yang bertanggungjawab dan saya tidak gentar dan tidak akan berundur…

Kesembilan: Perlaksanaan

Bersegera menjalankan tugas merupakan kemuncak kepada fikrah untuk membuat persediaan menunaikan tugas, maka perlaksanaan ialah perkara yang akan membawa kepada daerah penyempurnaan.Kedua-duanya ‘segera dan laksana’ adalah spirit pengurusan yang telah ditunjukkan oleh Sang Semut dalam kisah di atas….

Kesepuluh: Merasai tanggungjawab

Keseluruhan kisah yang disebutkan di atas tidak akan berlaku jika tidak ada perasaan tanggungjawab dalam jiwa Sang Semut tersebut. Boleh jadi ia hanyalah duduk pada tahap paling bawah dalam pyramid tanzim (hairaki tanzim), tetapi ia amat sensitive terhadap tanggungjawab seolah-olah ia orang nombor satu bertanggungjawab terhadap kaum kerabatnya. Perasaan tanggungjawab seperti inilah yang amat diperlukan oleh mana-mana organisasi atau tanzim. Dalam kisah ini terdapat sentuhan-sentuhan yang amat berguna.. Sang Semut telah mengajar kita dengan pengajaran yang maha hebat pada pandapat saya. Saya akan berhenti di sini kerana setakat ini kemampuan yang Allah swt anugerahkan kepada saya. Moga-moga di sana terdapat banyak lagi pengajaran yang boleh dikutip, mahukah kita mengambil iktibar? Apakah tidak sayugia kita bekerja seperti Sang Semut?! Tidakkah anda tahu sekarang….mengapa terdapat satu surah di dalam al-Quran dinamakan dengan Surah An-Naml?

(copy & paste dr:

pETua hALaU seMUt


Semut...sapa tak kenal semut...sekali pandang pun dah kenal kelibat semut ni...kat mana nak tgk semut???...hahaha surely cari kat tempat yang manis, sebab semut ni suka benda yang manis..tapi tak susah nak tgk kelibat semut, pergi jer tgk kat dapur rumah, mesti ada semut...boleh dikatakan setiap rumah mesti ada semut...betul tak????....kalau nak tahu kita ni ngidap kencing manis ke tak, lepas buang air kecil, cuba try test tengok, ada tak semut kat tempat kita buang air kecil tadi...kalau ada, maksud tak baik la tu...kihkihkih

Oleh kerana rumah yang aku duduk ni banyak sangat semut, so aku pun mencari petua-petua yang boleh digunakan untuk menghalau semut...meh aku kongsi beberapa petua yang mungkin berguna :

1. kalau nak halau semut yang berteduh dalam bekas gula, guna asam keping atau bunga cengkih..masukkan jer benda tu dalam bekas gula, takpun letakkan timbunan cili kering atas gula atau letakkan bawang merah yang belum dikupas dalam bekas gula, sure semut packing barang & berpindah dari citu...

2. taburkan daun sirih yang disiat di kawasan laluan semut..takpun taburkan serbuk kunyit kat laluan semut atau letakkan abu kulit telur dilaluan semut...lepas tu mesti semut dah tak guna laluan tu dah..

3. boleh guna minyak untuk menghalang semut dari panjat meja makan, takpun masuk dalam balang atau bekas gula dengan cara mencelup kain bersih ke dalam minyak, then ikatkan kain tersebut pada balang atau kaki meja...lepas tu semut tak boleh nak panjat tak pun bersiar-siar kat meja atau balang sebab licin...

4. Letakkan kulit timun atau lada hitam yang telah dibakar dekat sarang atau laluan semut, mesti semut mengelak dari laluan tu..

5.  kalau dah blurr atau hilang akal dah camner nak halau semut, pergi jer beli racun semut di kedai..senang pun senang....


...tHe grEATesT pLEAsure iN LifE iS doiNG
wHat oTHerS saY yOu cANnOt dO..



Saturday 29 March 2014

Dr. Harun Din BerSuaRA mENGenai MH370

Untuk tatapan kita bersama sebagai peringatan  disebalik kejadian MH370...





Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh Dr. Harun Din mengenai MH 370 selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.




mY buSy tiME


Almost two weeks aku dah pindah stay kat rumah sewa..and dalam masa dua minggu tu la aku tak boleh nak online...Maxis broadband aku dari 3G bertukar 2G, and for sure tak boleh nak buka internet langsung...mula-mula aku ingatkan sebab terlebih quota ker, survey punya survey, area rumah sewa aku ni memang takde line tuk Maxis broadband...apa la nasibb....

Line internet paling best area sini DIGI, takkan nak suruh aku beli line DIGI plak kot...fikir punya fikir, baik aku tukar broadband ngan my lil sis...aku guna Celcom, adik aku guna MAXIS...tu pasal aku leh online sekarang....;p




Saja nak kongsi kesibukan aku for last month...actually lama gak aku ambil masa tuk siapkan 150pcs small keychain for wedding doorgift...150pcs jer, tapi lama tul aku ambik masa tuk siapkan...bukan per, aku nak buat benda ni, kena tgk mood...kalau takder mood nak menjahit, memang aku tak menjahit punya...hehehe...'small love keychain', cousin aku order tuk wedding abang dia...berpintal gak biji mata aku nak buat benda alah ni...macam mana la crafter-crafter yang dapat bulk order sampai 600 pcs, mau pengsan aku kalau dapat order macam tu....kihkihkih


Ni lak mix brooch for doorgift...kebas gak tangan & bontot aku dok memotong kelopak bunga tu..tapi takper, aku dah prepare awal benda ni sebab memang dah planning nak sponsor 100pack of mix brooch for my cousin for his wedding....so tak terasa sangat la masa buat benda ni...


And...the messy view...ni la keadaan time aku nak packing and labeling love keychain & brooch...bersepah satu rumah aku kejer kan...punya best buat benda ni sampai tak tido aku...lepas subuh baru tido, sekali bangun jam dah kol 11.30pg...hahahaha


...iF yOu waNnA fLy,
yOu gOt tO giVE uP tHe shiT thAT
weiGHs yOu dOWn...


Wednesday 12 March 2014

TemPat tiNGgAL bARu


Dah lebih 3 tahun aku kawin..baru sekarang nak stay sendiri, nak hidup berdikari...Cam lawak jer...Orang lain lepas kawin jer terus stay sendiri, menyewa kat mana2 yang boleh...aku baru sekarang nak rasa hidup berdikari satu family...iskiskisk...

Flash back....aku sah jadi isteri orang pada 9 Jun 2010...lepas kawin ikut husband stay ngan mertua di Felda (dikelilingi hutan kelapa sawit, pekan terdekat sejam drive)...bosannyer hidup aku hanya tuhan sajer yang tahu....hidup di hometown sendiri memang panjang jer langkah kaki aku ni, bila stay ngan mertua kat Felda ni, terkurungnyer hidup aku...bukan per tempat mertua aku jauh dari pekan, memang lepak kat rumah jer la hari2...hahahaha....then aku mengandung, bulan februari 2011 aku balik hometown untuk bersalin... selamat melahirkan baby girl pada 9 April 11...4 bulan selepas dapat baby terus aku cari keje kat hometown aku, dapat kejer kat hotel sebagai pembantu akaun..yang bestnyer husband aku kejer kat johor aku kejer kat Langkawi...Almost dua tahun kami hidup berjauhan, last2 husband aku ajak stay Johor ngan dia...Boleh jer but aku kenakan syarat...'jom la sewa rumah, belajar hidup sendiri sebagai satu kuage bukan asyik nak stay ngan parent jer'...he said 'ok'..so aku agree la berenti kejer untuk ikut husband aku balik stay kat Johor....

Sekarang aku kat Johor, dah Lapan bulan masih stay ngan my parent in law....but next week will move to stay separately....dah siap beli peralatan untuk stay kat rumah sewa...banyak oooo duit habis...hehehe takper yang penting belajar hidup sendiri....baru ada kepuasan hidup berumahtangga.... =)

..moga kita semua dimurahkan rezeki...



trUE LovERs dON't mARry SomEOne TheY cAn LiVe wiTH,
tHEy mARry SOmeoNe thEY caN'T LiVe wiTHOuT


KeinSAfaN


Bersabarlah wahai hati...
walau ditusuk sembilu bisa,
pedihnya tak terhingga,
walau diserang bertalu-talu,
luka berdarah tanpa henti
bersabar lah....

Bertahanlah wahai jiwa..
walau dipanah berkali-kali
jangan mengalah
walau dirempuh bertubi-tubi
jangan mengundur
bertahan lah...

Tabahlah wahai perasaan
walau disiat tanpa ihsan
walau dikikis senipis mungkin
walau disimbah bara api
walau dirobek belati tajam
tabah lah..

Berdoalah wahai jasad
dengan seikhlas mungkin
agar hatimu bisa terus bersabar
agar jiwamu bisa terus bertahan
agar perasaanmu bisa terus tabah
untuk mengharungi cabaran
dalam meneruskan hidup

sesungguhnya..
Dia sentiasa bersamamu...




sERamNYer miMPi


Lama aku tidak berceloteh disini...nak kata busy, aku bukan kejer pun..cuma, kekadang terasa malas, takde mood nak menulis, idea tak datang-datang...post aku kali ni bertemakan ulat..macam picture kat atas, tapi bukan citer pasal ulat buku...picture kat atas tu cam best jer, tu pasal aku taruh kat cini....hehehe

Sebenarnya aku nak citer pasal mimpi aku..dua tiga menjak ni aku asyik mimpi jer, macam-macam aku mimpi...aku tido tak basuh kaki ker??..sebelum ni aku tak pulak nak mimpi-mimpi....kompiussss tul...

Semalam (11 mac)..aku rasa mimpi aku pendek jer, tapi naper tido aku cam panjang???..

1. Mula-mula aku mimpikan aku berada di sawah dekat kampung aku, dan banyaknyer ulat...tapi aku kompius gak sama ada tu ulat ke pacat...yang pasti memang banyak sangat...ada tiga orang dalam mimpi aku yang aku sendiri pun tak tahu saper...salah seorang memasukkan tanah sawah bersama ulat dalam plastik then letak lembali plastik tersebut di tanah...rasa macam orang tu yang bela ulat sebanyak tu....memang banyak sangat ulat sampai takder ruang untuk aku berjalan....

2. Selesai mimpi pertama aku mimpi ulat pelentok pulak...ulat per tuu???....hehehe actually ulat gonggok, cuma di kampung aku orang panggil ulat pelentok (ntah betul ntah tidak ejaan aku ni)...mimpi berkisar dalam sebuah bilik atau dalam bilik darjah (aku pun kurang pasti)...rasanya dalam bilik darjah sebab mimpi aku menunjukkan aku duduk dikerusi yang lengkap dengan meja tulis, siap ada kertas A4 bewarna biru diatas meja...aku bersama seorang wanita yang aku tak tahu saper...ada 2 ekor ulat gonggok, satu di dingding tepi tempat duduk aku, satu atas kertas A4 diatas meja aku..tetiba ntah macam mana ulat tu berada di kaki aku...tersangatlah geli...
Yang bestnyer mimpi ni, mimpi dalam mimpi...dalam mimpi aku jugak aku tersedar dari mimpi...bila aku tersedar aku berada dalam bilik aku dan ternampak husband aku bersiap nk g kejer...dan ada 2 ekor ulat gonggok dalam bilik aku, satu diatas kertas A4 atas katil dan satu lagi di tilam yang aku tido...memang aku rasa takut & sangat lah geli...aku suruh husband aku buang yang diatas katil, then dia ambil ulat tu buang & terus dia g kejer...tetiba ulat yang satu lagi masuk dalam telinga aku..bila aku pegang telingan aku, ada ekor ulat yang belum masuk..hanya tuhan saje yg tahu betapa teruknyer aku rasa...aku cuba tarik ekor dia tapi tak boleh...gelinyerrrrr...tetiba aku terjaga dari tido....
Alhamdulillah...rupa-rupanye mimpi...terus aku bangun tunaikan solat subuh....

Sepanjang hari aku tertanya-tanya, apa maksud mimpi aku tu????....menyeramkan....



..tHey'Ve pRomiSEd tHAt drEAms cAn coMeS trUE,
bUt foRGot tO meNTioN thAt niGHTmarEs aRe dreAMs tOo..