bercakap pasal makan...sapa yang tak suka makan, semua orang suka makan, malah ada juga orang yamg mati kerana terlebih makan..betul ker ni????..apa yang aku nak share dan persoalkan ari ni adalah pasal penyediaan makanan atau mungkin cara makan...lebih kurang macam tu la...
SITUASI PERTAMA
anda teringin nak makan nenas bersama kicap..anda potong sebiji nenas, lebih kurang 5 hirisan panjang untuk sebiji nenas..letakkan 5 hirisan nenas ke dalam pinggan then tuangkan kicap keatas kesemua nenas, menggunakan tangan/jari untuk sebatikan kicap dan nenas..yummy...
persoalannya :
bolehkah anda habiskan kesemua nenas tu??...kalau 'yes'...bagusla...macam mana pulak kalau 'no'????..anda rasa ada ker orang yang nak tolong habiskan nenas kicap yang anda buat??...
apa salahnya:
dah potong sebiji nenas..letak dalam satu bekas..ambil sedikit yang anda nak makan then selebihnya simpan atau biarkan untuk orang lain pula makan dengan cara mereka sendiri...bukan semua orang suka makan dengan cara anda dan bukan semua orang suka dengan cara penyediaan anda.
SITUASI KEDUA
anda beli pizza, 2 kotak sebab ramai orang dekat rumah anda..tak tahu la pizza brand apa...sampai rumah anda makan dan jemput semua makan...tekak anda kurang selera dengan rasa pizza tersebut, pada anda kalau tambah sos lagi sedap..dengan berbesar hati anda menuang sos keatas kesemua pizza yang anda beli..
pesoalannya :
anda sorang ke yang nak makan pizza tu?? habis ker kalau nak makan kesemua pizza yang banyak tu..semua orang mempunyai citarasa macam anda ker???...
apa salahnya :
tuangkan sos keatas pizza yang anda hendak makan sahaja..tak semua orang selera macam anda..mungkin ada yang suka rasa asal pizza tersebut..kalau diaorag tak suka pun sekurag-kurangnya dia orang akan letak sendiri sos ikut citarasa dia orang...kan ker lebih baik camtu...
SITUASI KETIGA
anda memasak untuk dimakan beramai-ramai..banyak juga la lauk yang anda masak..then makan beramai-ramai..anda rasa masakan ikan asam pedas sangat sedap jadi anda ambil bahagian yang paling besar..tetiba anda rasa kenyang tetapi ikan asam pedas masih ada separuh dalam pinggan nasi anda..anda rasa sayang jika dibuang then anda masukkan kembali masakan asam pedas yang telah anda makan separuh ikannya ke dalam mangkuk asal masakan tersebut...
persoalannya :
anda tak terasa bersalah kah buat macam tu seolah-olah nak bagi orang makan bekas sisa makanan anda??...anda tak rasa orang lain rasa geli ker bekas anda makan diletak kembali ke dalam mengkuk asal??..anda rasa ada ker orang yang hendak makan lagi asam pedas tersebut setelah anda mencampurkannya dengan sisa yang anda tidak habis makan tadi???
apa salahnya:
kalau sayang nak buang sebab rasa membazir, anda letak sisa makanan anda dalam bekas berasingan, jadi bila anda rasa lapar anda boleh makan kembali ikan tersebut..tak semua orang macam anda, mungkin yang ada rasa geli atau jijik setelah melihat perbuatan anda...
fikir-fikirkan lah.....
...oNe mUSt eAt tO LiVe
nOt LivE tO EaT...