Akhir-akhir ni, keluhan jer yang keluar dari mulut aku..aku tahu, itu sesuatu yang kurang baik untuk dilakukan apatah lagi dijadikan rutin harian, tapi itu yang berlaku...ntah naper aku asyik menghitung hari, padahal takder planing per-per pun, tapi aku tetap menghitung hari..menunggu sesuatu yang tak pasti agaknyerrr....
hari-hariku terasa suram, riak muka terasa mendung walaupun bibirku sentiasa terukir senyuman..mungkin senyuman yang dipaksa agar orang sekeliling tidak terasa hati..terasanya diriku hidup dalam kepura-puraan..mindaku melayang pelbagai persoalan yang tak terjawab...
hatiku cuba mencari ketenangan..tapi ia seolah-olah berlari meninggalkanku..betapa laju pun aku kejar belum tentu aku dapat menangkapnyerr..aku dibayangi sesuatu yang tak pasti, semakin aku cuba mencari jawapan, semakin perit rasa hati ini..
mataku..adakalanya air jernih menitis tanpa sedar bila keseorangan..kenapa..?? mengapa..?? mungkinkah..?? ..tiada jawapan yang aku temui..kesedihan menjadi peneman diri..jikaku bersuara, mungkin ada yang terasa hati, mungkin akan terciptanya jurang ata terputusnya hubungan..berdiam diri, betapa merananya aku, tiada siapa yang tahu..
ya ALLAH ya TUHANKU...KAU berikan la aku petunjuk agar aku dapat memilih jalan yang diredhai oleh-MU...amin ya rabbalngalamin...
No comments:
Post a Comment