Johan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja
semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari
hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya
sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Johan terlibat di
dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak
Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Johan telah melatah
sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi
Johan sehingga tembus ke belakang tengkuk Johan.
Bergegas Pak Mat ayah Johan ke hospital sebaik sahaja
mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di
hospital, Pak Mat bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Mat: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Mat: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik
tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena
otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Mat: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan
sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Mat: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu
terkena otaknya?
Pak Mat: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada
otak!
**Kwang kwang kwang….kepada mat rempit diluar sana, jangan
marah yerr..sekadar gurauan icon smile Cerita Lawak Serius! Kisah Mat Rempit
Yang Super Power
sumber:http://fuh.my/cerita-lawak-serius-kisah-mat-rempit-yang-super-power/#sthash.pmKPFkkH.dpuf
~ wHEn mEn aRe puRe,
LawS arE useLESs ;
wHEn mEn arE coRruPt,
LawS arE bROken~
No comments:
Post a Comment