Monday, 30 September 2013

FuNny..iSterI & peGAWai TNb

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRR  LAAAAAAAA"

???????????? ???????..




~ iF wOMen cOuLd reAd MiNDs,
eVERy secONd mAn wiLL gET sLapPed..~


kiSAh seDiH aDiK daN abANg



Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..

2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..
  

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka..


“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..

Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..

Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”


Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..




~fAMiLy...
wHErE LifE beGinS
aNd LoVE nEVeR enDS~



Sunday, 29 September 2013

~ bARu coUPLe seMiNGgu jANji seTiA~

actually, cerita ni dah lama, baru sekarang aku tertarik untuk berkongsi cerita...first time aku tengok video budak ni, memang la 'nyampah gilerrr'...aku tau korang pun mesti rasa yang sama gak..macam-macam komen negatif aku baca untuk video tu...biasa la budak muda, baru nak blajar kenal dunia, jadi tanpa berfikir panjang di upload video camtu kat internet...

Sekarang..'Puteri Awani', sedap nama tu, secantik orangnye....dah sedar ianya satu kesilapan besar apabila video camtu di upload untuk tontonan umum...

Penjelasan Pemilik Video Baru Couple Seminggu Janji Setia
Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan verita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.
Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 
Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 
Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 
SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa. 
Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :') - Sumber: Puteri Awani
 sumber: http://newandoldinfo.blogspot.com/2013/09/2-video-penjelasan-pemilik-video-baru.html

Jadi...positifkan diri kita untuk Puteri Awani...Moga ianya jadi pengajaran untuk semua...

Parody untuk hiburan:






..oNLy thOSe wHo ArE AsLEep 
mAKe nO miSTakeS..





Thursday, 26 September 2013

piLLow fOr mY niECe

~A4 SizE
~FuLLy PolY feLt + bUttoNs
~DesiGn : FroNt + bACk
PriCE : RM28.00

Ini antara design baru untuk bantal..design ni aku buat sendiri..simple but cam cute gak, kan???....hahaha
actually ni untuk my niece, nk bagi mak dia pada 21 Sept ari tu tapi, dah dia request lambat, so lambat la aku buat..tapi takpe asalkan aku buat...dah pos pun...kalau cek pos laju tracking number, dah sampai..tak tepon pun lagi tanya sama ada dah smapi ke belum...

depan aku wat love sikit, kat blakang ada la 3 ketul love..setiap satu love tu ada nama...mula-mula aku taruh 'ayah', kedua 'ain' (niece aku la tu), last aku taruh 'haziq' (adik dia)...sajer aku taruh nama2 tu, kiranya bantal satu family le tuu....hehehe

for my niece...it's FREE..!!!!



"tHe moRE I gROw,
tHe mORe I reALizE tHay mY mom
iS tHe beST friEnd tHAt I
eVEr hAd"


Friday, 20 September 2013

KeycHAiN

antara design yang baru untuk aku explore race...hahaha

 CuTe FRogGy RM4/pcs

 GuiTaR RM4/pcs
Boleh taruh nama kat blakang

NaMe KeyChaiN RM4.50/pcs


*Free postage untuk tempahan 10pcs dan keatas untuk semua design di atas*



..U dOnt HavE to Be SOMeboDy eLSe to bE haPPy..


cRAfT foR eUNa


Return customer..euna...aku baru siapkan order dari Uena, ambil masa lama gak untuk siapkan sebab  kebanyakannye design yang aku belum pernah buat lagi, jadi aku takder hard copy la untuk design baru...walaupun design simple tapi aku tak pandai lukis la, kena gak print...hahaha

 RM4/pcs

kat atas ni antara design baru untuk keychain aku..request by Ms Euna..
 RM4.50/pcs

yang ni aku sajer buat untuk Ms Euna, dia tak tempah pun...sajer nk FOC untuk dia...

 RM6/pcs

yang ni keychain besar, terlupa la plak nk ukur saiz, tapi memang besar dari keychain lain. actually masa Ms Uena order tu dia nk taruh HP strip, tapi tak sesuai sebab saiz besar jadi aku taruh ring cam gambar tu...

 RM15/pcs

Bantal saiz 1/2 A4..first time aku buat bantal kecil ni, selalu aku buat saiz A4..cute pulak bantal ni bila dah siap..

RM10/pcs

ni bantal gak tapi saiznyerr lagi kecil...1/4 A4..oleh kerana kecil, kalau peluk rasanyerrr memang tak puas..hahaha

feel free to visit my Fb :  https://www.facebook.com/sispija.craft


...LiFE iS LiKE a COiN
YoU cAn sPEnD iT anY waY yoU wiSH,
bUt yOu onLY sPenD iT oNcE...


Sunday, 15 September 2013

LanGKawi sCHeduLE..-oFF dAy


Awal pagi..

Biasanye bangun lambat dalam kol 10am takpun 11am..kalau bangun awal pun mesti sambung tido kat sofa depan..takde sape ganggu..selesanyerrrr…heheehehehe

Bab sarapan lak..semua tersedia atas meja, takyah risau nk kena bangun masak ke per, sebb biasanyer my dad akan beli nasi yg RM1.20 sebungkus..kekadang my mom masak…klu takder sarapan lak pandai2 la masak per yg ada untuk diri sendiri..selfservice katakan..huhuhuhu

Tgh hari..

My mom dah sibuk kat dapur, kekadang jer aku tolong, tapi kbanyakannya aku tolong tgk  & tolong makan jer..hahaha 

my mom tak kisah sangat bab masak ni, selalu dia yg masak sendiri..anak menantu jgn nk pening2 kepala menyibuk masak kat dapur, klu nk tolong sangat pun, potong bawang ajalah…senangnyer hidup..

Kalau my mom takder, g kenduri ker g mana2 ker, sama jer jgn susahkan diri nk masak, selalu beli jer nasi bungkus kat kedai, masak pun takder sape nk makan sebb my mom & dad dah makan kat umah kenduri…yang paling best siap bawa balik bekal tuk anak menantu lg..hahaha

Petang..

Time bersantai kat luar rumah bersama jiran & sanak saudara…kebiasaannya bersantai sambil makan, murah jer rezeki kalau bersantai kat citu, ada jer makanan untuk dijamah…anak2 & cucu2 pulak boleh bermain2 dengan gembiranya…

paling best tempat bersantai dekat dengan jalan tar kampung, kereta, motor yg lalu situ smua kena hormat kanak2 yg bermain.. maksudnyer pemandu2 kena berhati2 semasa memandu bukan kanak2 kena berhati2 semasa bermain di jalan tar…keutamaan diberikan kepada kanak2 yg bermain tuuuu…kihkihkih

*klu nak kena ‘fire’ ngan org kampong, cuba try test drive laju2 area situ…tahu la nasibnyer nanti…wakakaka

Malam..

Dinner…ikut suka hati, kalau lapar, makan…kalau takde makanan pandai2 la buat sendiri tapi kerapkali nasi goreng cina takpun char koewteow kedai makteh…kalau nak westfood lak, oblong, burger atau pun pizza abang zul jadi pilihan…tepon jer order lepas tu g ambik…mudah dan cepat..!!!

kekadang aku makan mee segera..megi seafood…kalau masak tu, maunyer aku letak udang besar 5 ekor, kalau udang kecik siap 15 ekor aku letak ditambah lagi dengan sotong…memng gempak habis…!!!

Kat umah aku ada 2 TV, satu kat ruang tamu kedua, satu lg kat ruang tengah rumah…biasanye kat ruang tamu kedua adik aku konke, ruang tgh lak aku konker sampai lewat malam atau awal pagi…my mom & dad jarang tgk TV so anak2 la konke sumer TV…hahahaha

kalau aku tak tgk TV aku main tenet/menjhit dalam bilik sampai subuh..lepas subuh baru aku tido..cayalah..!!!

Kalau aku bosan..

Tepon jer kengkawan ajak lepak kat mana2 kedai makan…kalau ngn adik aku, selalu lepak2 pantai, ngorat2..takpun g window shopping kat pekan kuah atau bawa my daughter, my niece & nephew ke taman permainan..bia dorg bermain2 , aku n adik aku bergosip…kihkihkih

Kekadang menghabiskan duit kat old town, KFC..tu memang selalu juga la…nak kata sedap sangat makanan tu takder la, sajer g lepak...poket kering pun takder masalah, minta sponsor dari my mom & my dad..tu yang best tu…;p


Tp yang paling best..memang yg ditunggu-tunggu bila my mom ajak g pekan Kuah ‘shopping’….oleh kerana my mom ajak, nak beli apa, ambik jer, my mom bayar…hahaha..kekadang kena bising gak sebab beli benda yg ntah apa2..huhuhu

*Rindu asam laksa & ketupat sotong my mom...terbaik punya..!!!!




..SoMEtimEs U juSt nEeD to DisTAncE yoURseLf frOM peOPLe.
iF thEY caRE, tHEy'LL notiCE.
iF thEY doNT, U knOw wHERe U stANd..