Showing posts with label Mine. Show all posts
Showing posts with label Mine. Show all posts

Saturday, 14 June 2014

TemPTAtioN oF wiFe


Aku rasa semua rakyat Malaysia tahu citer yang tengah hangat kat TV3 ni..sebelum citer ni citer Be Careful With My Heart...Pendapat aku untuk citer ni, aku hanya ikuti cerita ni untuk episod 21 ke atas jer sebab episod awal, sangat la membosankan...asyik kena buli jer watak utama...

Masa mula-mula citer ni ditayangkan, tengok jer tajuk aku dah kata citer ni best, dah tahu citer pasal nak balas dendam, tapi sampai episod sepuluh pun jalan citer sangat membosankan...hahaha cian aku, dah la hari2 aku membosankan, tgk citer kat TV pun membosankan....apa la nasib...sampai episod nak membalas dendam, baru la best nak tengok....start episod 21, memang aku tak tinggalnyer citer...best pulak tengok dia balas dendam...

Persoalannyer, adakah aku orang yang suka berdendam???...hahah takde kaitan pun ngan citer,,,;p


...ThE beST reveNGE iS jUSt
mOVinG oN anD geTtiNg oVEr iT.
dON't giVE soMEonE thE satiSFActiOn
oF waTcHinG U suFfEr...


Wednesday, 23 April 2014

kOReaN - rOOftOp pRiNCe




Happy ending & sad ending....for these few weeks aku obses citer ni...episod pertama aku tak tengok, start dengan episod kedua rasanya...tu pun tertengok kat chanel U Singapore...tak sangka lak best giler citer ni..citer cinta lawak...sedih pun ada...feeling giler aku tengok citer ni...semalam last episod, happy ending tapi cam sedih pun ada....;p

Hero dia tak la ensem sangat, masa mula aku tengok,heran gak nape hero cam tak ensem, tapi oleh kerana lakonannyer memang menjadi, betul-betul menghayati watak, nampak ensem giler pulak hero ni kat mata aku...cam terbayang-bayang jer watak dia...hahaha

Meh kita layan kit vidoe klip citer rOOftoP pRinCE....





...sOmetiMEs whEN I saY I'am oK,
I waNT sOMeoNE tO LoOk mE iN thE eyeS,
hUg mE tiGHt aNd sAy
' I kNOw U aRe nOt'...


Tuesday, 15 April 2014

GrEd PeniLaiAn STPM 2002 & tErkiNi

Last week...aku kehilangan Sijil STPM...susah payah aku ambil STPM, rugi lak kalau takde sijil...jadi dengan rasa berbesar hati aku berusaha untuk mendapatkan balik salinan STPM..

Meh sini aku nak ajar cara nak dapatkan salinan Sijil STPm....
* Mula-mula buka website ni http://www.mpm.edu.my/
* Cari STPM dan klik pautan Sijil STPM, akan jumpa ni http://www.mpm.edu.my/web/guest/sijil-stpm
*Tengok no.3 (b), tekan 'borang', jumpa ni http://www.mpm.edu.my/documents/10156/23912/SalinanSijilMPMS2.pdf
* Kena bayaq RM50 tu..ikut jer arahan yang diberi
* Tunggu dalam 3 hari, dapat la salinan sijil STPM

Best jer bila aku dapat balik Sijil STPM, tapi tak sama ngan sijil asal la..sijil yang aku dapat ni siap tulis 'Salinan'..takpe la, asalkan dapat gak...tapiiiii....yg buat aku tak puas hati, aku ambik STPM tahun 2002, Gred Penilaian tak sama dengan yang terkini...2002 tahun terakhir Gred Penilaian guna A, B, C, D..bila masuk tahun 2003 Gred dah berubah A+, A, A- dan seterusnyanya...


Kat atas ni Salinan Sijil STPM yang aku terima..yang atas tu keputusan, yang bawah lak Gred Penilaian yang terkini kat belakang...kalau dibandingkan keputusan & gred kat belakang, teruknyer keputusan aku...Tak lulus tu....tahu la result aku teruk, tapi aku lulus semua matapelajaran kalau ikut gred tahun 2002...kalau aku minta kejer, rasanya 1000x majikan tu berfikir nak ambik ke tak..sebab gred penilaian terkini menunjukkan yg aku tak lulus tuuuu....huhuhu


Oleh kerana taknak la orang sangka result aku teruk sangat, aku pun memulakan misi mencari perbezaan Gred Penilaian Tahun 2002 & Gred Penilaian Terkini untuk STPM...kat atas ni maklumat yang aku jumpa..rasanya kalau nk g interview aku kena attachkan sekali ngan maklumat ni..memang resul aku 2C2D, tapi kalau ikut Gred terkini mungkin aku boleh dapat 2B2B-..ok gak daripada D yang tak lulus tu...hehehe


..NoT evERYthiNG tHAt iS fACed caN bE chAngED.
bUt nOThinG caN bE chANGe uNtiL iT iS fACed...


Monday, 31 March 2014

pETua hALaU seMUt


Semut...sapa tak kenal semut...sekali pandang pun dah kenal kelibat semut ni...kat mana nak tgk semut???...hahaha surely cari kat tempat yang manis, sebab semut ni suka benda yang manis..tapi tak susah nak tgk kelibat semut, pergi jer tgk kat dapur rumah, mesti ada semut...boleh dikatakan setiap rumah mesti ada semut...betul tak????....kalau nak tahu kita ni ngidap kencing manis ke tak, lepas buang air kecil, cuba try test tengok, ada tak semut kat tempat kita buang air kecil tadi...kalau ada, maksud tak baik la tu...kihkihkih

Oleh kerana rumah yang aku duduk ni banyak sangat semut, so aku pun mencari petua-petua yang boleh digunakan untuk menghalau semut...meh aku kongsi beberapa petua yang mungkin berguna :

1. kalau nak halau semut yang berteduh dalam bekas gula, guna asam keping atau bunga cengkih..masukkan jer benda tu dalam bekas gula, takpun letakkan timbunan cili kering atas gula atau letakkan bawang merah yang belum dikupas dalam bekas gula, sure semut packing barang & berpindah dari citu...

2. taburkan daun sirih yang disiat di kawasan laluan semut..takpun taburkan serbuk kunyit kat laluan semut atau letakkan abu kulit telur dilaluan semut...lepas tu mesti semut dah tak guna laluan tu dah..

3. boleh guna minyak untuk menghalang semut dari panjat meja makan, takpun masuk dalam balang atau bekas gula dengan cara mencelup kain bersih ke dalam minyak, then ikatkan kain tersebut pada balang atau kaki meja...lepas tu semut tak boleh nak panjat tak pun bersiar-siar kat meja atau balang sebab licin...

4. Letakkan kulit timun atau lada hitam yang telah dibakar dekat sarang atau laluan semut, mesti semut mengelak dari laluan tu..

5.  kalau dah blurr atau hilang akal dah camner nak halau semut, pergi jer beli racun semut di kedai..senang pun senang....


...tHe grEATesT pLEAsure iN LifE iS doiNG
wHat oTHerS saY yOu cANnOt dO..



Saturday, 29 March 2014

mY buSy tiME


Almost two weeks aku dah pindah stay kat rumah sewa..and dalam masa dua minggu tu la aku tak boleh nak online...Maxis broadband aku dari 3G bertukar 2G, and for sure tak boleh nak buka internet langsung...mula-mula aku ingatkan sebab terlebih quota ker, survey punya survey, area rumah sewa aku ni memang takde line tuk Maxis broadband...apa la nasibb....

Line internet paling best area sini DIGI, takkan nak suruh aku beli line DIGI plak kot...fikir punya fikir, baik aku tukar broadband ngan my lil sis...aku guna Celcom, adik aku guna MAXIS...tu pasal aku leh online sekarang....;p




Saja nak kongsi kesibukan aku for last month...actually lama gak aku ambil masa tuk siapkan 150pcs small keychain for wedding doorgift...150pcs jer, tapi lama tul aku ambik masa tuk siapkan...bukan per, aku nak buat benda ni, kena tgk mood...kalau takder mood nak menjahit, memang aku tak menjahit punya...hehehe...'small love keychain', cousin aku order tuk wedding abang dia...berpintal gak biji mata aku nak buat benda alah ni...macam mana la crafter-crafter yang dapat bulk order sampai 600 pcs, mau pengsan aku kalau dapat order macam tu....kihkihkih


Ni lak mix brooch for doorgift...kebas gak tangan & bontot aku dok memotong kelopak bunga tu..tapi takper, aku dah prepare awal benda ni sebab memang dah planning nak sponsor 100pack of mix brooch for my cousin for his wedding....so tak terasa sangat la masa buat benda ni...


And...the messy view...ni la keadaan time aku nak packing and labeling love keychain & brooch...bersepah satu rumah aku kejer kan...punya best buat benda ni sampai tak tido aku...lepas subuh baru tido, sekali bangun jam dah kol 11.30pg...hahahaha


...iF yOu waNnA fLy,
yOu gOt tO giVE uP tHe shiT thAT
weiGHs yOu dOWn...


Wednesday, 12 March 2014

TemPat tiNGgAL bARu


Dah lebih 3 tahun aku kawin..baru sekarang nak stay sendiri, nak hidup berdikari...Cam lawak jer...Orang lain lepas kawin jer terus stay sendiri, menyewa kat mana2 yang boleh...aku baru sekarang nak rasa hidup berdikari satu family...iskiskisk...

Flash back....aku sah jadi isteri orang pada 9 Jun 2010...lepas kawin ikut husband stay ngan mertua di Felda (dikelilingi hutan kelapa sawit, pekan terdekat sejam drive)...bosannyer hidup aku hanya tuhan sajer yang tahu....hidup di hometown sendiri memang panjang jer langkah kaki aku ni, bila stay ngan mertua kat Felda ni, terkurungnyer hidup aku...bukan per tempat mertua aku jauh dari pekan, memang lepak kat rumah jer la hari2...hahahaha....then aku mengandung, bulan februari 2011 aku balik hometown untuk bersalin... selamat melahirkan baby girl pada 9 April 11...4 bulan selepas dapat baby terus aku cari keje kat hometown aku, dapat kejer kat hotel sebagai pembantu akaun..yang bestnyer husband aku kejer kat johor aku kejer kat Langkawi...Almost dua tahun kami hidup berjauhan, last2 husband aku ajak stay Johor ngan dia...Boleh jer but aku kenakan syarat...'jom la sewa rumah, belajar hidup sendiri sebagai satu kuage bukan asyik nak stay ngan parent jer'...he said 'ok'..so aku agree la berenti kejer untuk ikut husband aku balik stay kat Johor....

Sekarang aku kat Johor, dah Lapan bulan masih stay ngan my parent in law....but next week will move to stay separately....dah siap beli peralatan untuk stay kat rumah sewa...banyak oooo duit habis...hehehe takper yang penting belajar hidup sendiri....baru ada kepuasan hidup berumahtangga.... =)

..moga kita semua dimurahkan rezeki...



trUE LovERs dON't mARry SomEOne TheY cAn LiVe wiTH,
tHEy mARry SOmeoNe thEY caN'T LiVe wiTHOuT


KeinSAfaN


Bersabarlah wahai hati...
walau ditusuk sembilu bisa,
pedihnya tak terhingga,
walau diserang bertalu-talu,
luka berdarah tanpa henti
bersabar lah....

Bertahanlah wahai jiwa..
walau dipanah berkali-kali
jangan mengalah
walau dirempuh bertubi-tubi
jangan mengundur
bertahan lah...

Tabahlah wahai perasaan
walau disiat tanpa ihsan
walau dikikis senipis mungkin
walau disimbah bara api
walau dirobek belati tajam
tabah lah..

Berdoalah wahai jasad
dengan seikhlas mungkin
agar hatimu bisa terus bersabar
agar jiwamu bisa terus bertahan
agar perasaanmu bisa terus tabah
untuk mengharungi cabaran
dalam meneruskan hidup

sesungguhnya..
Dia sentiasa bersamamu...




sERamNYer miMPi


Lama aku tidak berceloteh disini...nak kata busy, aku bukan kejer pun..cuma, kekadang terasa malas, takde mood nak menulis, idea tak datang-datang...post aku kali ni bertemakan ulat..macam picture kat atas, tapi bukan citer pasal ulat buku...picture kat atas tu cam best jer, tu pasal aku taruh kat cini....hehehe

Sebenarnya aku nak citer pasal mimpi aku..dua tiga menjak ni aku asyik mimpi jer, macam-macam aku mimpi...aku tido tak basuh kaki ker??..sebelum ni aku tak pulak nak mimpi-mimpi....kompiussss tul...

Semalam (11 mac)..aku rasa mimpi aku pendek jer, tapi naper tido aku cam panjang???..

1. Mula-mula aku mimpikan aku berada di sawah dekat kampung aku, dan banyaknyer ulat...tapi aku kompius gak sama ada tu ulat ke pacat...yang pasti memang banyak sangat...ada tiga orang dalam mimpi aku yang aku sendiri pun tak tahu saper...salah seorang memasukkan tanah sawah bersama ulat dalam plastik then letak lembali plastik tersebut di tanah...rasa macam orang tu yang bela ulat sebanyak tu....memang banyak sangat ulat sampai takder ruang untuk aku berjalan....

2. Selesai mimpi pertama aku mimpi ulat pelentok pulak...ulat per tuu???....hehehe actually ulat gonggok, cuma di kampung aku orang panggil ulat pelentok (ntah betul ntah tidak ejaan aku ni)...mimpi berkisar dalam sebuah bilik atau dalam bilik darjah (aku pun kurang pasti)...rasanya dalam bilik darjah sebab mimpi aku menunjukkan aku duduk dikerusi yang lengkap dengan meja tulis, siap ada kertas A4 bewarna biru diatas meja...aku bersama seorang wanita yang aku tak tahu saper...ada 2 ekor ulat gonggok, satu di dingding tepi tempat duduk aku, satu atas kertas A4 diatas meja aku..tetiba ntah macam mana ulat tu berada di kaki aku...tersangatlah geli...
Yang bestnyer mimpi ni, mimpi dalam mimpi...dalam mimpi aku jugak aku tersedar dari mimpi...bila aku tersedar aku berada dalam bilik aku dan ternampak husband aku bersiap nk g kejer...dan ada 2 ekor ulat gonggok dalam bilik aku, satu diatas kertas A4 atas katil dan satu lagi di tilam yang aku tido...memang aku rasa takut & sangat lah geli...aku suruh husband aku buang yang diatas katil, then dia ambil ulat tu buang & terus dia g kejer...tetiba ulat yang satu lagi masuk dalam telinga aku..bila aku pegang telingan aku, ada ekor ulat yang belum masuk..hanya tuhan saje yg tahu betapa teruknyer aku rasa...aku cuba tarik ekor dia tapi tak boleh...gelinyerrrrr...tetiba aku terjaga dari tido....
Alhamdulillah...rupa-rupanye mimpi...terus aku bangun tunaikan solat subuh....

Sepanjang hari aku tertanya-tanya, apa maksud mimpi aku tu????....menyeramkan....



..tHey'Ve pRomiSEd tHAt drEAms cAn coMeS trUE,
bUt foRGot tO meNTioN thAt niGHTmarEs aRe dreAMs tOo..



Wednesday, 22 January 2014

bE cARefUL WiTh mY heARt


This few day aku busy melayan citer Filipino lak...actually pada mulanya aku malas melayan gak citer ni, banyak episod gak aku terlepas, ntah macam mana satu hari tu tertengok...waaa...best giler citer Romantic Comedy ni...start dari hari tu la aku busykan diri aku berdating dengan tonton.com tengah-tengah malam...almaklum la tenet aku ni tengah malam jer line ok, awal-awal line macam siput....

Di tengah-tengah malam tu la aku jadi cam orang giler melayan tonton.com...gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang, nangis sorang-sorang....iskisk..ada beberapa malam aku tak tido sampai ke pagi, lepas subuh baru tido ('adus, patut la berat tul rezeki aku nak dapat kejer' ..;p)....

Kesan dari menonton citer ni gak membuatkan aku tak siuman...kekadang tu dengan secara tiba-tiba aku tersenyum..tengah menjahit pun aku leh tersenyum sorang-sorang seolah-olah jarum jahitan tu tengah buat lawak kat aku...hehehe...kalau part yang sedih lak, automatik mood aku pun jadi sedih...kuat tul pengaruh citer ni pada aku..tapi totally citer ni membuatkan aku tersenyum and gila bayang...kakakaahhh...

Bagi aku 'Be Careful With My Heart' ni citer yang bagus coz ada Aura Positif dalam kehidupan yang kita leh rasa dan ambil ikhtibar...Banyak gak pengajaran yang leh diambil...yang paling penting ianya mampu menceriakan hari anda....

Jom kita layan dia punya theme song..'Please Be Careful With My Heart'...;p





...oNe dAy I cAUGht My sELf sMiLLinG foR nO reASon,
tHen I reALizeD I wAs thiNKinG oF yOu...





Friday, 3 January 2014

nEw yEAr 2014


It's feels like I'm still not too late to wish 'HaPpY nEw yEAr' to everyone. gOoD bYe 2013 & wELcomE 2014..!!!!

Umur semakin meningkat but I'm still the same as before...unemployed...'JOB', why i felt it's hard to find a good job in this area?? perhaps, far from big city or I'm too choosy???...thinking...

Maybe , people out there think that I'm reluctance to work, enjoy unemployed life or etc..I do have my own reason why I'm still unemployed for this half year period..thank you so much to my husband coz understand and try the best for me & my daughter.

For this year I will try to be positive..positive...positive...hope everything goes smoothly for ME, for YOU and for EVERYONE...!!!!


I wish to have a..
..sweetest Sunday
..marvelous Monday
..tasty Tuesday
..wonderful Wednesday
..thankful Thursday
..friendly Friday
..successful Saturday
..haVE a GrEAt yEAr
..HAPPY NEW YEAR..



Tuesday, 29 October 2013

~ mE ~


Dah lama aku tak update blog ni...kali ni aku nak update pasal my daughter & myself... di bawah ni ada beberapa pic yang nak aku kongsi....

Ni mASa HaRi rAYa puASa

ni mASa lEPak kAt domiNo's PizZa

moDEL ciLiK

mAkE oVEr

Actually sejak stay kat Johor ni..my lifestyle totally change, so does my daughter...life quite stressful and I try to adapt as much as possible..really hard...kekadang my daughter jd mangsa, dulu aku tak pernah nak marah-marah, sekarang asyik kena marah ngn aku je..hari-hari aku terfikir nak turn back to my hometown..everyday when I wake up I definitely thought for awhile, thinking..rasa menyesal pun ada..hahahaha

Planning to rent a house, at least boleh la create cara hidup sendiri..kalau bangun lewat ker, seminggu tak sapu sampah ker, masak tak sedap ker, sidai baju tak pandai ker, tak buat bekal untuk husband aku ker, takder sapa nak merungut, takde saper nak ngata, kan,kan???...ditambah pula aku ni 'keras kepala', memang pun aku keras kepala..hehehe....almaklum la, aku ni bukannyer rajin sangat, mungkin bukan sepertimana yang orang lain harapkan..daripada nk stresskan diri dan orang lain better aku rent a house..macam kata-kata ahli agama 'kalau dah kawin seeloknyer duduk asing, belajar hidup berdikari, jadi kita bebas buat apa pun dengan cara kita sendiri'..itu yang aku tengah nak cuba buat ni...

Unemployed...bosan yang amat...belajar tinggi-tinggi tapi jadi penganggur tehormat...I believe that my parents disappointed with my status as unemployed..PTPTN pun kecewa, dah tak kejer, camner aku nk bayar...jadinyer hutang aku akan bertambah-tambah la....Insyaallah, ada ezeki aku akan dapat kejer tu...doa-doakan la yer...amin..


~sOMetiMEs gOoD tHinGs faLL apARt
sO bEtTer tHinGs cAn fALL toGEther~



Sunday, 15 September 2013

LanGKawi sCHeduLE..-oFF dAy


Awal pagi..

Biasanye bangun lambat dalam kol 10am takpun 11am..kalau bangun awal pun mesti sambung tido kat sofa depan..takde sape ganggu..selesanyerrrr…heheehehehe

Bab sarapan lak..semua tersedia atas meja, takyah risau nk kena bangun masak ke per, sebb biasanyer my dad akan beli nasi yg RM1.20 sebungkus..kekadang my mom masak…klu takder sarapan lak pandai2 la masak per yg ada untuk diri sendiri..selfservice katakan..huhuhuhu

Tgh hari..

My mom dah sibuk kat dapur, kekadang jer aku tolong, tapi kbanyakannya aku tolong tgk  & tolong makan jer..hahaha 

my mom tak kisah sangat bab masak ni, selalu dia yg masak sendiri..anak menantu jgn nk pening2 kepala menyibuk masak kat dapur, klu nk tolong sangat pun, potong bawang ajalah…senangnyer hidup..

Kalau my mom takder, g kenduri ker g mana2 ker, sama jer jgn susahkan diri nk masak, selalu beli jer nasi bungkus kat kedai, masak pun takder sape nk makan sebb my mom & dad dah makan kat umah kenduri…yang paling best siap bawa balik bekal tuk anak menantu lg..hahaha

Petang..

Time bersantai kat luar rumah bersama jiran & sanak saudara…kebiasaannya bersantai sambil makan, murah jer rezeki kalau bersantai kat citu, ada jer makanan untuk dijamah…anak2 & cucu2 pulak boleh bermain2 dengan gembiranya…

paling best tempat bersantai dekat dengan jalan tar kampung, kereta, motor yg lalu situ smua kena hormat kanak2 yg bermain.. maksudnyer pemandu2 kena berhati2 semasa memandu bukan kanak2 kena berhati2 semasa bermain di jalan tar…keutamaan diberikan kepada kanak2 yg bermain tuuuu…kihkihkih

*klu nak kena ‘fire’ ngan org kampong, cuba try test drive laju2 area situ…tahu la nasibnyer nanti…wakakaka

Malam..

Dinner…ikut suka hati, kalau lapar, makan…kalau takde makanan pandai2 la buat sendiri tapi kerapkali nasi goreng cina takpun char koewteow kedai makteh…kalau nak westfood lak, oblong, burger atau pun pizza abang zul jadi pilihan…tepon jer order lepas tu g ambik…mudah dan cepat..!!!

kekadang aku makan mee segera..megi seafood…kalau masak tu, maunyer aku letak udang besar 5 ekor, kalau udang kecik siap 15 ekor aku letak ditambah lagi dengan sotong…memng gempak habis…!!!

Kat umah aku ada 2 TV, satu kat ruang tamu kedua, satu lg kat ruang tengah rumah…biasanye kat ruang tamu kedua adik aku konke, ruang tgh lak aku konker sampai lewat malam atau awal pagi…my mom & dad jarang tgk TV so anak2 la konke sumer TV…hahahaha

kalau aku tak tgk TV aku main tenet/menjhit dalam bilik sampai subuh..lepas subuh baru aku tido..cayalah..!!!

Kalau aku bosan..

Tepon jer kengkawan ajak lepak kat mana2 kedai makan…kalau ngn adik aku, selalu lepak2 pantai, ngorat2..takpun g window shopping kat pekan kuah atau bawa my daughter, my niece & nephew ke taman permainan..bia dorg bermain2 , aku n adik aku bergosip…kihkihkih

Kekadang menghabiskan duit kat old town, KFC..tu memang selalu juga la…nak kata sedap sangat makanan tu takder la, sajer g lepak...poket kering pun takder masalah, minta sponsor dari my mom & my dad..tu yang best tu…;p


Tp yang paling best..memang yg ditunggu-tunggu bila my mom ajak g pekan Kuah ‘shopping’….oleh kerana my mom ajak, nak beli apa, ambik jer, my mom bayar…hahaha..kekadang kena bising gak sebab beli benda yg ntah apa2..huhuhu

*Rindu asam laksa & ketupat sotong my mom...terbaik punya..!!!!




..SoMEtimEs U juSt nEeD to DisTAncE yoURseLf frOM peOPLe.
iF thEY caRE, tHEy'LL notiCE.
iF thEY doNT, U knOw wHERe U stANd..


Saturday, 24 August 2013

aAarGhHH...UbAn pADa UsiA mUDa..??..!!


Sangat membimbangkan jika berlaku pada usia 20-an atau lewat 20-an..ianya normal jika usia anda telah menjangkau 40-an dan keatas...

sama ada lelaki atau perempuan, jika diperhatikan dan diteliti, ramai remaja sekarang mengalami masalah uban di usia muda. Bezanya wanita pandai menutupi atau menyembunyikan uban yang kelihatan dengan bertudung atau mewarnakan rambut.. ahaks...

setelah membuat sedikit kajian dan pembacaan..antara penyebab tumbuhnya uban di usia muda adalah :

1. StREsS
siapa yang tak pernah stress???...semua orang mengalaminya tak kira la pelajar, pekerja atau sesiapa sahaja..berhati-hati dengan stress yang anda alami kerana ianya penyebab penuaan kepada rambut. jika anda tidak pandai mengawal stress anda, terima lah mahkota putih dikepala..!!!..;p

2. KeTURunaN / gEn
cuba anda menyoal siasat parents anda, adakah mereka mengalami masalah uban di usia muda??...jika 'ya'...anda berkemungkinan menjadi pewaris kepada masalah ini...

3. VitAMin 'B'
vitamin yang penting untuk kesihatan rambut..tahukah anda kekurangan vitamin B boleh menyebabkan anda berhadapan dengan uban di usia muda..

4. PeWarNa RambUt / SyaMpU
berhati-hati dengan pemilihan pewarna rambut dan syampu kerana terdapat produk yang menggunakan bahan yang tidak mesra rambut...trend sekarang mewarnakan rambut untuk kelihatan lebih menarik..memang tersangat menarik jika lama kelamaan tanpa pewarna rambut pun anda masih boleh bergaya dengan helaian rambut putih yang original..;p

5. MerOKok
mejoritinya lelaki...kandungan nikotin dalam rokok menghapuskan zat atau gizi yang diperlukan oleh rambut..

KeSimPuLAnnyA
* pandai-pandai la atasi stress anda, jangan terlalu stress...bersantai dan berfikiran positif dalam menghadapi atau menyelesaikan masalah...
*kalau memang dah keturunan dan anda mewarisinya..ambil jalan yang betul untuk atasinya...contohnya cara tradisional :- gosokkan limau purut di kepala atau usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut untuk mengelak penuaan yang cepat..daun kari juga boleh digunakan dengan menggosokkan daun kari yang dicampur air suam di kepala..amalankan selalu kerana ia baik untuk kesihatan rambut..
*banyak mengambil makanan yang mengandungi vitamin  'B' seperti beras merah, kuning telur, susu, hati ayam, gandum dan kacang hijau..
*menggunakan pewarna yang berkualiti yang mesra rambut serta syampu yang sesuai seperti syampu anti penuaan dan limau purut.
*kalau boleh tu berhenti jer dari merokok, bukan sahaja bagus untuk rambut, bagus juga untuk kesihatan..orang sekeliling anda pun tumpang gembira jika anda berhenti merokok..


Pesanan Orang Tua-Tua
'Jangan dicabut uban yang telah tumbuh kerana jika dicabut akan lebih banyak lagi uban yang akan tumbuh..atau boleh mengalami masalah botak..'

Jangan Cabut Uban

Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban)


..BeRTinDaK LaH deNGaN biJAk..
~salam Syawal~




Friday, 16 August 2013

gOOdbyE mOtoRoLa..WeLcomE nOkiA


Apa la nasib..

Selasa lepas, aku & my Hubby & my daughter window shopping kat Kota Tinggi..best gak g shopping kat Mall yang baru buka tu...yang paling best kedai Mr. Diy, memang murah habis barang yang dia jual...rasa cam nak beli semua...hahaha...

dah penat bershopping, terasa nak buang air kecil la plak...masuk toilet, my daughter pun kalut main air...ntah macam mana g letak Hp kat atas tempat pam air tu, then terlupa, terus kua tandas...yang paling bestnyer keesokkan hari baru perasan yang HP takder...try call, masuk peti simpanan suara..dah syak ada something wrong..fikir punya fikir baru teringat Hp tertinggal kat toilet Mall kelmarin...isk isk isk...jangan harap la nak dapat balik...huhuhu

dengan budget pun takder time-time raya ni, mau tak mau kena gak beli Hp baru...akhirnyer the cheaper one aku beli...ok ar tu, boleh call & sms gak..hahaha

khamis g beraya di rumah sis in low kat JB terus g center maxis ambil balik no tepon lama...RM10 jer..tapi sumer no tepon kengkawan, secret admire, sedara, skandal...sumer hilang la...hihihihi....


..sMiLe aND LeT evERYonE knOW tHat toDAy,
yOu'Re A LoT strONGer tHan You WEre YESterDay..


AidiLFitRi jOhoR vs. KedAh


Tahun ni 2013 aku berhari raya di Johor kat umah my mom in law...ni kali kedua aku beraya kat Johor, kali pertama pada tahun 2010 ( masa baru kawin dulu )...memang banyak perbezaan sambutan aidilfitri diantara Johor & Kedah (Langkawi, kg. aku)...



Di Johor ( my hubby's hometown)

* masakan wajib adalah Lontong yang akan dimakan bersama sambal goreng, lodeh, ayam masak kicap, sambal dan serunding kelapa...ada juga yang masak rendang...kena masak banyak-banyak tau..
* dipagi raya akan ada adat menghantar makanan ke rumah saudara atau jiran tetangga..sebab tu kena masak banyak-banyak..hehehe...tapi yang bestnye boleh dikatakan masakan yang dihantar adalah sama sambal goreng, lodeh, ayam masak kicap,sambal & serunding...cuma rasanyer lain sebab tukang masaknyer lain....;p...jadi penuh satu meja dengan masakan yang sama tapi lain rasa...huhuhu...pening aku tengok meja makan....bak kata member aku yang baru first time beraya kat Johor ' yang peliknyer nak kena hantar macam satu kampung tapi lauknyer semua sama"...
* selepas sembahyang raya, join marhaban dari rumah ke rumah...time ni la penuhkan perut, kanak-kanak pula penuhkan poket kumpul duit raya...
* lunch time...kalau ada sedara atau jiran tetangga datang beraya time lunch, wajib jamu diaorang makan nasi walaupun kat rumah ada berbatang-batang lontong, seperiuk lodeh atau sambal goreng...kalau malas nak masak jamu jer nasi ngan lauk pauk yang ada....tapi takkan nk jamu makan lauk tu jer kot...hehehe
* kalau beraya kat rumah sedara lak, mau dari pagi sampai tengah malam, tu pun belum tentu habis melawat...almaklum la Johor ni kan besar.....huhuhu



Di Kedah (my hometown)

* masakan wajib adalah ketupat palas & kari daging atau kari ayam... yang ni memang wajib ada..masakan sampingan lain adalah seperti, laksa, sup tulang, ketupat sotong dan sebagainya..
* kalau kat rumah aku biasanya mak aku buat laksa untuk dijamu kepada tetamu...tapi yang paling best ialah tapai pulut mak aku, memang tiap tahun sedara and jiran tetangga datang cari tapai jer kat rumah... diaorang cakap tapai mak aku sedap, manis...memang ada ummppphh... hehehe
* aku lak tiap tahun akan buat kek coklat siap ngan topping dihidang diatas meja...dipagi raya dah habis..budak-budak memang suka...satu lagi aku suka buat makaroni bakar dicicah dengan sos...mantap habis....
* selepas sembahyang raya biasanya sebelum pulang ke rumah akan singgah di rumah saudara yang berhampiran dengan masjid...selepas tu kumpul ramai-ramai g ziarah kubur & singgah beraya di rumah sedara yang berhampiran...
* jika ada sedara datang beraya time lunch...takyah susah payah nak masak nasi, jamu jer diaorang makan masakan sampingan yang kita buat seperti laksa atau sup...
* biasanya masakan sampingan yang dimasak adalah berlainan disetiap rumah..dan adat hantar menghantar ke rumah sedara atau jiran tetangga adalah kurang sebab kalau dah hantar diaorang akan rasa malas nak datang rumah kita...jadi kalau diaorang nak rasa masakan kita yang best tu diaorang kena datang rumah...baru la meriahnyerrrr raya.....
* time raya ni la boleh makan macam-macam masakan yang jarang kita makan sambil mengenali saudara yang jarang kita jumpa...kan bagus untuk merapatkan hubungan siraturahim...
* yang paling best berkonvoi beramai-ramai serbu rumah sedara... berbelas buah kereta...memang best gilerrr....

Tu la serba sedikit yang boleh aku kongsi pasal raya...ni berdasarkan pengalaman aku...kalau ada salah silap tu harap dimaafkan....

Salam Aidilfitri untuk semua...


...SomETimEs yOu cAN't SeE yOUrseLf cLEarLy
uNTiL yoU sEe yOUrseLf tHRough tHe eYEs oF otHERs...




Thursday, 18 July 2013

aKu hARi iNi


Akhir-akhir ni, keluhan jer yang keluar dari mulut aku..aku tahu, itu sesuatu yang kurang baik untuk dilakukan apatah lagi dijadikan rutin harian, tapi itu yang berlaku...ntah naper aku asyik menghitung hari, padahal takder planing per-per pun, tapi aku tetap menghitung hari..menunggu sesuatu yang tak pasti agaknyerrr....

hari-hariku terasa suram, riak muka terasa mendung walaupun bibirku sentiasa terukir senyuman..mungkin senyuman yang dipaksa agar orang sekeliling tidak terasa hati..terasanya diriku hidup dalam kepura-puraan..mindaku melayang pelbagai persoalan yang tak terjawab...

hatiku cuba mencari ketenangan..tapi ia seolah-olah berlari meninggalkanku..betapa laju pun aku kejar belum tentu aku dapat menangkapnyerr..aku dibayangi sesuatu yang tak pasti, semakin aku cuba mencari jawapan, semakin perit rasa hati ini..

mataku..adakalanya air jernih menitis tanpa sedar bila keseorangan..kenapa..?? mengapa..?? mungkinkah..?? ..tiada jawapan yang aku temui..kesedihan menjadi peneman diri..jikaku bersuara, mungkin ada yang terasa hati, mungkin akan terciptanya jurang ata terputusnya hubungan..berdiam diri, betapa merananya aku, tiada siapa yang tahu..

ya ALLAH ya TUHANKU...KAU berikan la aku petunjuk agar aku dapat memilih jalan yang diredhai oleh-MU...amin ya rabbalngalamin...



Monday, 1 July 2013

mAKaN oH maKAn


bercakap pasal makan...sapa yang tak suka makan, semua orang suka makan, malah ada juga orang yamg mati kerana terlebih makan..betul ker ni????..apa yang aku nak share dan persoalkan ari ni adalah pasal penyediaan makanan atau mungkin cara makan...lebih kurang macam tu la...

SITUASI PERTAMA

anda teringin nak makan nenas bersama kicap..anda potong sebiji nenas, lebih kurang 5 hirisan panjang untuk sebiji nenas..letakkan 5 hirisan nenas ke dalam pinggan then tuangkan kicap keatas kesemua nenas, menggunakan tangan/jari untuk sebatikan kicap dan nenas..yummy...
persoalannya : 
bolehkah anda habiskan kesemua nenas tu??...kalau 'yes'...bagusla...macam mana pulak kalau 'no'????..anda rasa ada ker orang yang nak tolong habiskan nenas kicap yang anda buat??...
apa salahnya: 
dah potong sebiji nenas..letak dalam satu bekas..ambil sedikit yang anda nak makan then selebihnya simpan atau biarkan untuk orang lain pula makan dengan cara mereka sendiri...bukan semua orang suka makan dengan cara anda dan bukan semua orang suka dengan cara penyediaan anda.

SITUASI KEDUA

anda beli pizza, 2 kotak sebab ramai orang dekat rumah anda..tak tahu la pizza brand apa...sampai rumah anda makan dan jemput semua makan...tekak anda kurang selera dengan rasa pizza tersebut, pada anda kalau tambah sos lagi sedap..dengan berbesar hati anda menuang sos keatas kesemua pizza yang anda beli..
pesoalannya : 
anda sorang ke yang nak makan pizza tu?? habis ker kalau nak makan kesemua pizza yang banyak tu..semua orang mempunyai citarasa macam anda ker???...
apa salahnya :
tuangkan sos keatas pizza yang anda hendak makan sahaja..tak semua orang selera macam anda..mungkin ada yang suka rasa asal pizza tersebut..kalau diaorag tak suka pun sekurag-kurangnya dia orang akan letak sendiri sos ikut citarasa dia orang...kan ker lebih baik camtu...

SITUASI KETIGA

anda memasak untuk dimakan beramai-ramai..banyak juga la lauk yang anda masak..then makan beramai-ramai..anda rasa masakan ikan asam pedas sangat sedap jadi anda ambil bahagian yang paling besar..tetiba anda rasa kenyang tetapi ikan asam pedas masih ada separuh dalam pinggan nasi anda..anda rasa sayang jika dibuang then anda masukkan kembali masakan asam pedas yang telah anda makan separuh ikannya ke dalam mangkuk asal masakan tersebut...
persoalannya :
anda tak terasa bersalah kah buat macam tu seolah-olah nak bagi orang makan bekas sisa makanan anda??...anda tak rasa orang lain rasa geli ker bekas anda makan diletak kembali ke dalam mengkuk asal??..anda rasa ada ker orang yang hendak makan lagi asam pedas tersebut setelah anda mencampurkannya dengan sisa yang anda tidak habis makan tadi???
apa salahnya:
kalau sayang nak buang sebab rasa membazir, anda letak sisa makanan anda dalam bekas berasingan, jadi bila anda rasa lapar anda boleh makan kembali ikan tersebut..tak semua orang macam anda, mungkin yang ada rasa geli atau jijik setelah melihat perbuatan anda...

fikir-fikirkan lah.....


...oNe mUSt eAt tO LiVe
nOt LivE tO EaT...




Monday, 24 June 2013

~ cHAngE ~


hey there....new place, new address....

lama gak tak berborak kta sini...busy kit...last month online from Langkawi, today online from Johor...dari Utara ke Johor...jauh gak perjalanan...actually aku baru jer berpindah stay with my parent in law kat Kota Tinggi, Johor..sebelum ni tinggal ngan my parent kat Langkawi...berpindah ke Johor ikut Husband...more than 2 years kita orang stay berasingan, Husband kat Johor isteri ka Langkawi...kalau tengok peta Semenanjung Malaysia sorang Kat Hujung Utara, sorang kat Hujung Selatan...hehehehe

planning for the future...akan mencari rumah sewa, so ada privacy sikit...harap-harap dapat la rumah sewa area tempat my husband kejer..doa-doakan la yer...then beli rumah, at least bila dah tua nanti tak la merempat sebab dah ada rumah sendiri..others family planning...moga-moga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya....amin...

untuk pengetahuan semua address untuk blogger ni pun dah berubah...dulu akudanblogger.blogspot.com, sekarang sispijaonline.blogspot.com...saje nak buat sedikit perubahan...;p


...pEOpLe cHangE,
mEMoriEs dON't...