Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Saturday, 29 March 2014

Dr. Harun Din BerSuaRA mENGenai MH370

Untuk tatapan kita bersama sebagai peringatan  disebalik kejadian MH370...





Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh Dr. Harun Din mengenai MH 370 selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.




Wednesday, 2 October 2013

bAKteriA saLmonELa dLm aYam mASaK merAh pUNca maUT daLaM kerACUnan MAkanaN


SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela,” katanya.


Bakteria Salmonela

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.- Sinar


maklumat tambahan



Tuesday, 1 October 2013

3 mATi, 2 kRitiKAL : KerACunAn maKAnaN keNdurI kAwiN

JERAI 30 Sept. - Tiga maut, tiga kritikal manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari ini manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.

"Mangsa lewat mendapat rawatan kerana mereka tidak ke hospital dengan segera selepas mengalami cirit-birit dan keracunan makanan.

"Saya ingin nasihatkan mereka yang telah menghadiri kenduri tersebut segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda keracunan makanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut ibu Mohd. Nor Rahmat, Che Norma Khalid, 45, anak tunggal lelaki daripada lima beradik itu menghadiri majlis kenduri kahwin tersebut bersama suaminya, Yusof Ariffin, 50, yang turut mengalami sakit perut, namun tidak serius.

"Selepas balik dari rumah kenduri, anak saya belum rasa sakit, dia mula rasa pada waktu malam dan hari ini lebih teruk.

"Kami bawa dia ke Hospital Yan pagi tadi selepas mendapati dia tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang," katanya ketika ditemui.

Che Norma berkata, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir itu dikatakan makan nasi bersama ayam masak merah.

Sementara itu sepupu Nurshazana, Hairul Azhar Harun, 33, berkata, mangsa mula berasa sakit perut setelah pulang daripada kenduri tersebut dan sakitnya bertambah teruk pada hari Ahad sehingga dia enggan keluar dari bilik.

"Kami ingat hari ini nak bawa dia (Nurshazana) ke klinik tetapi pagi tadi dia pengsan dalam keadaan tertiarap dalam bilik dan kira-kira pukul 12.45 tengah hari disahkan meninggal dunia.

"Ibu dan adik-adiknya ada juga rasa sakit tetapi tidaklah seteruk dia," katanya.

Dalam pada itu, tuan rumah majlis perkahwinan tersebut, Yusuf Ahmad, 55, tidak menyangka acara perkahwinan anak keduanya bertukar menjadi tragedi apabila tiga orang jemputan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.

Beliau berkata, pihaknya hanya menghidangkan ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis bersama kacang yang dimasak secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

"Yang masak sebahagian daripada makanan itu kakak saya, Solehan Harun dibantu saudara-mara yang lain, saya tidak sangka kes seumpama ini boleh berlaku," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kira-kira 2,000 orang diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, Haslina Yusuf, 22, dan pasangan, Mohd. Fauzan Zakaria, 26.

"Saya amat terkejut bila mengetahui ada kalangan mereka yang makan kenduri itu alami cirit-birit dan muntah, termasuk dalam kalangan anggota keluarga sendiri," katanya.

Yusuf berkata, isterinya, Fauziah Nawawi, 40, dan dua anak mereka turut menerima rawatan di Hospital Yan akibat peristiwa itu.






Sunday, 29 September 2013

~ bARu coUPLe seMiNGgu jANji seTiA~

actually, cerita ni dah lama, baru sekarang aku tertarik untuk berkongsi cerita...first time aku tengok video budak ni, memang la 'nyampah gilerrr'...aku tau korang pun mesti rasa yang sama gak..macam-macam komen negatif aku baca untuk video tu...biasa la budak muda, baru nak blajar kenal dunia, jadi tanpa berfikir panjang di upload video camtu kat internet...

Sekarang..'Puteri Awani', sedap nama tu, secantik orangnye....dah sedar ianya satu kesilapan besar apabila video camtu di upload untuk tontonan umum...

Penjelasan Pemilik Video Baru Couple Seminggu Janji Setia
Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan verita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.
Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 
Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 
Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 
SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa. 
Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :') - Sumber: Puteri Awani
 sumber: http://newandoldinfo.blogspot.com/2013/09/2-video-penjelasan-pemilik-video-baru.html

Jadi...positifkan diri kita untuk Puteri Awani...Moga ianya jadi pengajaran untuk semua...

Parody untuk hiburan:






..oNLy thOSe wHo ArE AsLEep 
mAKe nO miSTakeS..