Friday, 18 April 2014

aYaM mASaK unGKEp


Masakan jawa lagi rasanya...hari tu ikan masak ungkep, ni ayam masak ungkep pulak...Gambar dan resepi aku copy dari http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/2011/05/ayam-ungkep-ii-resepi-chef-noraini.html ...Masakan ni pun aku tau dari mertua aku..untuk senangkan kerja aku copy jer resepi dari page diatas sebab aku tak pernah masak lagi, mertua aku masak, aku jadi tukang makan jer...hehehe

Bahan
- 1.5kg ayam dipotong kecil
- 1 btg kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 biji bawang besar, dihirid
- 2 btg serai, diketuk
- 1/2 cwn minyak masak
- 1 hiris asam keping
- bahan perasa secukupnya (garam, gula, aji)
- air secukupnya

Bahan diblender
- 2 sudu besar ketumbar
- 3 sudu besar jinta putih
- 3 sudu besar jintan manis
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih

* Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bawang besar, serai, bunga lawang hingga naik bau
* Masukkan bahan yg dikisar sehingga naik bau
*  Masukkan ayam dan kacau sebati
* Masukkan air dan asam keping serta bahan perasa, kacau sebati
* Tutup kuali dan biar mendidih lebih kurang 30minit / ayam empuk


***...husband aku masak cincai jer...blender semua ( bahan2 yg diblender + serai), tumiskan bahan blender, masukkan ayam, bahan perasa dan masak...yg lain dia abaikan...sedap la juga...hahaha...***



iKaN mASaK uNgkeP



Nak kongsi sikit masakan orang Jawa rasanya sebab masa aku kat Langkawi tak pernah pulak mak aku masakkan benda ni...aku tahu masakan ni pun dari mertua aku...Masakan yang ringkas, senang dan semestinya sedap....

Gambar kat atas dan resepi kat bawah aku copy dr blog http://rohaisha.blogspot.com/2011/11/ikan-masak-ungkep.html ...untuk panduan korang yang ingin mencuba dan untuk peringatan aku, kot2 terlupa camne nak masak masakan ni..

- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 inci halia
....bahan diatas diblender...
- 3 ekor ikan ( ikut suka la tp dlm gambar ikan cencaru)
- 1 biji tomato (dipotong 2)
-1 sudu kecil asam jawa
- 1 sudu kecil lada putih (ditumbuk halus)
- Air secukupnya
- bahan perasa secukupnya (gula, garam & aji)

* Masukkan kesmua bahan dalam periuk serentak kecuali garam dan gula
* Masakkan dan tutup periuk sehingga ikan separuh masak. Then kacau sebati
* Masukkan bahan perasa secukup rasa dan masak hingga mendidih

...***kalau takde lada putih, blenderkan jer cili padi bersama bawang & halia, ikut kepedasan yang diingikan )



....Mai La kiTA trY tESt mASaK....


rENdanG uDanG


Pic kat atas rupa rendang udang yang aku buat...nampak berkuah sedikit sebab aku suka kuah dia, sedaappppp...so aku lebihkan la kuah tu...actually aku tak planning pun nak masak rendang udang ni, asalnya nak masak sambal udang...lepas aku dah tumiskan bahan2 blende untuk sambal udang, baru aku teringat aku ada simpan resepi rendang udang yang aku ambik kat tenet...bila buka buku resepi tu, bahan2 blender lebih kurang sama cuma rendang udang kena tambah kerisik, santan dan serbuk kari...so aku tukarkan masakan aku dari sambal udang kepada rendang udang...

Kat bawah ni aku bagi kat korang resepi yang aku ambik kat tenet....

- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 hiris halia
...bahan2 diatas diblender...
- 2 batang serai (dititik)
- daun kari
- 1 senduk cili kisar
- 1 cawan santan dr setengah biji kelapa
-1 keping asam gelugur
-3 sb kerisik
- 4 sb serbuk kari
- bahan perasa secukupnye (garam, gula, aji)
- udang 1 kg

* Tumis bahan-bahan yg diblender + serai + daun kari
* Masukkan cili kisar
* Masukkan santan, asam keping, kerisik dan serbuk kari serta sedikit air
* Masukkan garam, gula & aji
* Masak sehingga mendidih
* Masukkan udang, gaul sebati
* Masak sehingga udang berubah warna

...SelAmaT mENcuBa...


Tuesday, 15 April 2014

GrEd PeniLaiAn STPM 2002 & tErkiNi

Last week...aku kehilangan Sijil STPM...susah payah aku ambil STPM, rugi lak kalau takde sijil...jadi dengan rasa berbesar hati aku berusaha untuk mendapatkan balik salinan STPM..

Meh sini aku nak ajar cara nak dapatkan salinan Sijil STPm....
* Mula-mula buka website ni http://www.mpm.edu.my/
* Cari STPM dan klik pautan Sijil STPM, akan jumpa ni http://www.mpm.edu.my/web/guest/sijil-stpm
*Tengok no.3 (b), tekan 'borang', jumpa ni http://www.mpm.edu.my/documents/10156/23912/SalinanSijilMPMS2.pdf
* Kena bayaq RM50 tu..ikut jer arahan yang diberi
* Tunggu dalam 3 hari, dapat la salinan sijil STPM

Best jer bila aku dapat balik Sijil STPM, tapi tak sama ngan sijil asal la..sijil yang aku dapat ni siap tulis 'Salinan'..takpe la, asalkan dapat gak...tapiiiii....yg buat aku tak puas hati, aku ambik STPM tahun 2002, Gred Penilaian tak sama dengan yang terkini...2002 tahun terakhir Gred Penilaian guna A, B, C, D..bila masuk tahun 2003 Gred dah berubah A+, A, A- dan seterusnyanya...


Kat atas ni Salinan Sijil STPM yang aku terima..yang atas tu keputusan, yang bawah lak Gred Penilaian yang terkini kat belakang...kalau dibandingkan keputusan & gred kat belakang, teruknyer keputusan aku...Tak lulus tu....tahu la result aku teruk, tapi aku lulus semua matapelajaran kalau ikut gred tahun 2002...kalau aku minta kejer, rasanya 1000x majikan tu berfikir nak ambik ke tak..sebab gred penilaian terkini menunjukkan yg aku tak lulus tuuuu....huhuhu


Oleh kerana taknak la orang sangka result aku teruk sangat, aku pun memulakan misi mencari perbezaan Gred Penilaian Tahun 2002 & Gred Penilaian Terkini untuk STPM...kat atas ni maklumat yang aku jumpa..rasanya kalau nk g interview aku kena attachkan sekali ngan maklumat ni..memang resul aku 2C2D, tapi kalau ikut Gred terkini mungkin aku boleh dapat 2B2B-..ok gak daripada D yang tak lulus tu...hehehe


..NoT evERYthiNG tHAt iS fACed caN bE chAngED.
bUt nOThinG caN bE chANGe uNtiL iT iS fACed...


SpeCiAL aPRiL


Pejam celik..pejam celik....dah April pun...so bulan April ni saja nak  buat sale sikit barangan ready made..pilih la kot-kot ada yang berkenan dihati..

Brooch

ni brooch...ada dua jenis, satu dibuat dengan felt dan satu lagi dengan kain...dijual secarang borong cam dalam pic tu...kalau average tu satu brooch jatuh RM1.00...kalau harga biasa brooch double layer felt yg kecik pun dah harga RM1.50/pcs...brooch felt ada dua saiz, satu besar satu kecik...yang brooch kain pun sama ada dua saiz...dalam pakej 50pcs brooch tu, brooch double layer felt kecil + besar akan dapat sebanyak 32pcs, 18pcs brooch kain...



Car Charm

saiz 8m x8cm...stok yang ada 17 pcs, setiap pcs akan ada free gift seperti brooch/small keychain..pakej ni menawarkan harga sangat murah untuk car charm..biasanya car charm ni dijual dengan harga RM10/pcs, tapi ready stock untuk Special April ni RM100/17pcs, average harga RM5.88/pcs..memang berbaloi-baloi...


Keychain / HP Strap

HP strap bulat I Love U tu ada bell..kalau yang OWL tu yg saiz besar ada bell, saiz kecil tiada bell..biasanya HP strap camni dijual dengan harga RM2/pcs atau RM2.50/pcs, ada juga yang jual RM3.50/pcs bergantung pada design...tapi rasanya design ni harga mahal gak kalau jual sebab depan belakang ada corak..tapi untuk pakej ni 24pcs HP strap bulat dan 10 owl hanya RM50..kalau dikira average harga RM1.47/pcs..tak boleh dapat harga ni kalau beli kat kedai...;p


Bookmark Stick

Pelbagai design..average harga untuk bookmark stick ni RM0.61/pcs..tak smpai seringgit pun...murah kan????...;p...biasa jual paling murah pun RM1/pcs tu pun kena beli dalam kuantiti yang banyak...

Available
Brooch = 3 pakej
Car Charm = 1 pakej
Keychain/HP Strap = 1 pakej
Bookmarkstick =1 pakej

Kalau berminat boleh sms ke 013-5325727 atau PM ke https://www.facebook.com/sispija.craft






Monday, 31 March 2014

BeLAjarLAh dARi sEMut



Ayuh kita belajar dari semut walaupun dari beberapa ayat di dalam Al-Quran.


Pertama: Tekun dalam pekerjaan

Tidak syak lagi bahawa kualiti kerja dan tekun dalam pekerjaan amat penting dalam pengurusan kini. Sehingga kita dapati semua perkara yang berkait dengan pengurusan mesti bergandingan dengannya ketekunan. Dan yang dikatakan kesempurnaan kualiti itu ialah seseorang itu melaksanakan kerja dalam sebuah tanzim (organisasi) semaksima mungkin tanpa sedikitpun berlaku kesilapan, berdasarkan etika kerja yang telah disepakati –sekalipun tidak tertulis- mengikat antara semua individu yang ada di dalam tanzim dalam lingkungan yang saling melengkapi satu sama lain. Kesilapan seorang atau sebahagian akan memberi kesan negatif kepada yang lain. Benarlah apa yang disabdakan Nabi saw tentang kaitan hubungan tersebut di antara para mukminin dengan ‘satu jasad’ dalam toleransi dan kasih sayang dan ‘seperti binaan yang menyokong antara satu sama lain’ di dalam kekuatan dan keutuhan.

Kesimpulan itqan secara umum (tekun dlm kerja) dalam mana-mana organisasi dari semua individu di mana-mana tempat sekalipun; ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah Ta’ala.

Iaitu apa yang kita pelajari dari kisah semut; ia menunaikan tugas yang menjadi kewajipan dengan cemerlang –darjat itqan- Ketekunan itu membawa kepada terlaksananya objektif. Semut berkenaan telah memberi amaran kepada kaum kerabatnya pada waktu yang sesuai dan akhirnya menyelamatkan mereka semua daripada bencana yang bakal menimpa.

Kedua: Sedar, prihatin dan iltizam (komitmen)

Ketiga-tiga perkara ini penting bagi menjayakan satu-satu tugas sebagaimana yang ditunjukkan oleh semut tersebut. Tanpa sifat di atas tidak mungkin sesuatu tugas dapat disempurnakan. Bahkan kelekaan sedetik boleh mengakibatkan kemusnahan menyeluruh kepada anggota tanzim. Justeru menjadi kemestian bagi setiap anggota tanzim tekun dan ihsan melaksanakan tugasan yang diamanahkan sehabis kemampuan dengan penuh sedar dan prihatin. Dia sebenarnya berada pada satu sudut penting dari semua sudut tanzim, jangan sampai bahaya datang melalui sudut di bawah jagaannya. 

Kecuaian daripada seorang atau beberapa individu dalam tanzim tidak hanya akan memudharatkan mereka yang berkenaan sahaja, malah ia akan mendatangkan kemudharatan dan kerugian kepada semua yang berada dalam tanzim. Lihatlah apa yang berlaku dalam peperangan Uhud apabila beberapa individu para sahabat mengingkari arahan Rasulullah saw; ia merupakan bukti betapa pentingnya keprihatinan dan komitmen yang padu perlu wujud dalam bertanzim.

Ketiga: Semangat dan kehendak yang kuat

Kita perlu faham bahawa setiap perkara besar yang ingin dilaksanakan perlu kepada semangat dan kehendak yang kuat bagi menjayakannya. Musuh utama dalam diri manusia ialah lemahnya semangat dan kehendak. 

Berkata penyair:

Keazaman datang mengikut kadar kuat azam seseorang
Kemuliaan datang mengikut kadar mulianya seseorang
Perkara besar akan jadi kecil apabila orang itu jadikan ia kecil
Perkara kecil akan jadi besar apabila orang itu jadikan ia besar

Dari sini kita tahu bahawa apa yang dilakukan oleh semut berkenaan sebenarnya didorong oleh keikhlasan, komitmen dan semangat yang tinggi. Kalau tidak pasti ia akan mendiamkan diri, malas dan menyerah sahaja kepada taqdir…

Keempat: Keazaman yang kental/utuh

Apabila semangat mendorong melakukan persediaan, meletakkan perancangan dan mengambil sebab-sebab yang akan membawa kejayaan, maka keazaman bermakna menetapkan hati untuk meneruskan apa yang dirancang tanpa ragu-ragu saat perlaksanaan tanpa menghiraukan apapun halangan.

Berkata penyair Al-Mutanabbi:

Bila engkau ada pendapat maka milikilah keazaman
Kerana rosaknya pendapat bila adanya keraguan

Jelas dari pendirian yang diambil oleh sang semut bahawa ia bukan hanya memiliki semangat yang tinggi untuk memenuhi faktor kejayaan, malah ia giat melaksanakan usaha mencapai matlamat tanpa menghiraukan apapun halangan sekalipun terpaksa menggadai nyawanya sendiri. Keazaman kental seumpama ini jarang terdapat pada manusia banyak maupun mereka yang terlibat langsung dengan pengurusan. Bayangkan jika sang semut teragak-agak dalam tindakannya atau lambat membuat keputusan, maka ia tidak akan dapat laksanakan tugasnya, seterusnya menyelamatkan kaum kerabatnya daripada bahaya yang pasti. Saya akan terangkan lebih terperinci dalam konteks pengorbanan nanti.

Kelima: Pengorbanan dan tiada kepentingan diri

Tiada kerja tanpa ketekunan dan jihad, tiada jihad tanpa pengorbanan. Setiap matlamat atau hadaf (objektif) tidak syak lagi perlu kepada jihad dan pengorbanan pada jalannya. Pengorbanan ialah sama ada dengan masa atau harta benda atau yang paling tinggi ialah dengan nyawa. 

Pengorbanan tersebut perlu kepada intima’ (penggabungan) yang tinggi, bahkan kaitan antara semua objektif individu dan tanzim perlu sejajar sampai ke tahap ‘peleburan’…paling tinggi yang menjadi cita-cita setiap tanzim terhadap anggotanya. 

Sang semut sebagai salah seekor dari kaumnya yang ditaklifkan untuk melaksanakan tugas tertentu –meninjau dan mengeluarkan amaran- telah menunjukkan pengorbanan yang dahsyat demi kaumnya. Ia telah bergegas mengerahkan tenaganya berdepan dengan Nabi Sulaiman dan bala tenteranya. Ia bernasib baik kerana kata-katanya itu didengari oleh Nabi Sulaiman. Sang semut tadi boleh –kalau ia mahu- selamatkan diri sendiri tanpa bersusah payah berusaha memberi amaran kepada yang lain, namun ia tidak hanya mementingkan dirinya sahaja…. Ia terus segera mendapatkan kaumnya menongkah arus laluan bala tentera, bersabung nyawa kerana boleh jadi ia akan terkorban sebelum sampai ke tempat kaumnya berkumpul. Alangkah hebatnya pengorbanan Sang semut ! Nyawanya menjadi taruhan dan tiada langsung kepentingan diri sendiri…. Dari sini kita dapat belajar berpandukan kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada Nabi Sulaiman. Bukan sekadar baginda memahami bahasa haiwan, bahkan kebijaksanaan dari tindak tanduk haiwan pun dapat dimengerti oleh baginda alaihissalam.

Keenam: Peraturan dan pembahagian kerja

Dari kisah Sang semut ini kita dapat memahami betapa berdisiplinnya ia. Bukan sekadar berdisiplin dan pandai mentadbir bahkan dapat merancang untuk masa depan. Kisah tersebut menggambarkan bahawa di sana ada peraturan dan pembahagian kerja atau tanggungjawab yang ditentukan terdahulu… seolah-olah Sang Semut berkenaan telah ditaklifkan untuk ‘berkawal’. Al-Quran menyebutkan ia sekadar Sang Semut biasa, membuat tinjauan untuk mengeluarkan amaran dan peringatan agar kecelakaan dapat dielakkan mengikut perkiraan masa yang mencukupi… Ia bukan ketua.. “Berkata Sang Semut”… Ia telah berjaya menjalankan tugasnya seperti semut-semut yang lain juga. Semua semut-semut yang ada pada hari itu menjalankan tugas masing-masing secara berimbang serta saling menyempurna antara satu sama lain dalam lingkungan disiplin menyeluruh yang amat indah sekali. Sang Semut secara kolektif dilihat mempunyai disiplin yang amat indah…

Ketujuh: Mengurus kecemasan

Ini pelajaran yang amat berguna. Bagaimana menguruskan kecemasan atau kecelakaan? Yang terpenting dalam asas mengurus kecelakaan ini ialah mengelakkan dari berlaku sejak awal lagi. Ia tidak mungkin dapat dilakukan melainkan melalui scenario andaian atau kebarangkalian berlaku kecelakaan; soalnya apa akan jadi bila berlaku sekian?? Dalam konteks kisah Sang Semut di atas, kecelakaan yang bakal berlaku ialah kedatangan bala tentera dalam skala besar menuju ke arah ‘negara semut’ tanpa disengajakan…lalu akan membinasakan keseluruhan ‘negara semut’ tadi. Justeru meminimakan kadar kecelakaan adalah dituntut; namun ia tetap merupakan kecelakaan juga. Oleh itu apa yang boleh dilakukan ialah berusaha sehabis kemampuan untuk mengurangkan kemalangan iaitu dengan mewujudkan stesyen-stesyen amaran awal dan siaran amaran kecemasan sebelum berlaku dalam tempoh waktu yang sesuai untuk membuat persediaan….

Dalam situasi yang berlaku kepada Sang Semut di atas, ia telah memberi amaran awal berdasarkan andaian akan berlakunya kecelakaan secara pasti… hingga nyawanya menjadi taruhan –seperti yang dikisah sebelum ini- Di sana ada andaian bahawa Nabi Sulaiman dan bala tenteranya kemungkinan akan merempuh ‘negara semut’ dan ada andaian lain bahawa mereka akan melencong ke laluan lain.. Semua itu kebarangkalian yang akan berlaku. Sang Semut tidak membuat andaian yang ketiga, contohnya ia kata: “Insya Allah semua baik-baik saja, jangan bimbang kita semua akan selamat… ” Akan tetapi ia memutuskan untuk memberi amaran awal sehingga bahaya yang bakal menimpa dapat dielakkan dan kecelakaan dapat diringankan sedapat mungkin.

Kelapan: Bersegera (tidak bertangguh)

Semangat untuk segera bertindak di sini jelas dilihat pada usaha menunaikan tugas tanpa berlengah. Sang Semut tidak menunggu-nunggu atau berserah bulat-bulat tanpa apa-apa usaha atau menunggu yang lain melakukan tugas tersebut. Tiada dalam fikirannya ‘kenapa semestinya saya yang lakukan’…’yang lain buat apa?’ Tetapi ia bangun menjalankan tugas tanpa disuruh sebagaimana kata-kata Thorfah ibnul Abd dalam mu’allaqahnya:

Apabila kaum itu berkata: Siapa pemuda itu? Aku menjawab ..saya yang bertanggungjawab dan saya tidak gentar dan tidak akan berundur…

Kesembilan: Perlaksanaan

Bersegera menjalankan tugas merupakan kemuncak kepada fikrah untuk membuat persediaan menunaikan tugas, maka perlaksanaan ialah perkara yang akan membawa kepada daerah penyempurnaan.Kedua-duanya ‘segera dan laksana’ adalah spirit pengurusan yang telah ditunjukkan oleh Sang Semut dalam kisah di atas….

Kesepuluh: Merasai tanggungjawab

Keseluruhan kisah yang disebutkan di atas tidak akan berlaku jika tidak ada perasaan tanggungjawab dalam jiwa Sang Semut tersebut. Boleh jadi ia hanyalah duduk pada tahap paling bawah dalam pyramid tanzim (hairaki tanzim), tetapi ia amat sensitive terhadap tanggungjawab seolah-olah ia orang nombor satu bertanggungjawab terhadap kaum kerabatnya. Perasaan tanggungjawab seperti inilah yang amat diperlukan oleh mana-mana organisasi atau tanzim. Dalam kisah ini terdapat sentuhan-sentuhan yang amat berguna.. Sang Semut telah mengajar kita dengan pengajaran yang maha hebat pada pandapat saya. Saya akan berhenti di sini kerana setakat ini kemampuan yang Allah swt anugerahkan kepada saya. Moga-moga di sana terdapat banyak lagi pengajaran yang boleh dikutip, mahukah kita mengambil iktibar? Apakah tidak sayugia kita bekerja seperti Sang Semut?! Tidakkah anda tahu sekarang….mengapa terdapat satu surah di dalam al-Quran dinamakan dengan Surah An-Naml?

(copy & paste dr:

pETua hALaU seMUt


Semut...sapa tak kenal semut...sekali pandang pun dah kenal kelibat semut ni...kat mana nak tgk semut???...hahaha surely cari kat tempat yang manis, sebab semut ni suka benda yang manis..tapi tak susah nak tgk kelibat semut, pergi jer tgk kat dapur rumah, mesti ada semut...boleh dikatakan setiap rumah mesti ada semut...betul tak????....kalau nak tahu kita ni ngidap kencing manis ke tak, lepas buang air kecil, cuba try test tengok, ada tak semut kat tempat kita buang air kecil tadi...kalau ada, maksud tak baik la tu...kihkihkih

Oleh kerana rumah yang aku duduk ni banyak sangat semut, so aku pun mencari petua-petua yang boleh digunakan untuk menghalau semut...meh aku kongsi beberapa petua yang mungkin berguna :

1. kalau nak halau semut yang berteduh dalam bekas gula, guna asam keping atau bunga cengkih..masukkan jer benda tu dalam bekas gula, takpun letakkan timbunan cili kering atas gula atau letakkan bawang merah yang belum dikupas dalam bekas gula, sure semut packing barang & berpindah dari citu...

2. taburkan daun sirih yang disiat di kawasan laluan semut..takpun taburkan serbuk kunyit kat laluan semut atau letakkan abu kulit telur dilaluan semut...lepas tu mesti semut dah tak guna laluan tu dah..

3. boleh guna minyak untuk menghalang semut dari panjat meja makan, takpun masuk dalam balang atau bekas gula dengan cara mencelup kain bersih ke dalam minyak, then ikatkan kain tersebut pada balang atau kaki meja...lepas tu semut tak boleh nak panjat tak pun bersiar-siar kat meja atau balang sebab licin...

4. Letakkan kulit timun atau lada hitam yang telah dibakar dekat sarang atau laluan semut, mesti semut mengelak dari laluan tu..

5.  kalau dah blurr atau hilang akal dah camner nak halau semut, pergi jer beli racun semut di kedai..senang pun senang....


...tHe grEATesT pLEAsure iN LifE iS doiNG
wHat oTHerS saY yOu cANnOt dO..