Friday, 12 April 2013

pOu gAMe


..pou game...its sound interesting...


actually game ni dah lama wujud cuma aku jer yang baru nak bermesra ngan pou ni...first time pakai tepon pintar, so baru nak kenal la ngan watak pou ni (cian aku)...at first aku tak nak terlibat dengan game ni, tetiba terselect, then tak pandai nak cancelkan..punya la aku kelebek Insight aku tu, tapi tak boleh...last-last bia jer la...bila dah explore ni best la plak...cam jaga baby...huhuhu

nak jadikan satu citer... di satu petang, adik aku yang sorang tu...dengan penuh marah masuk bilik aku..

adik aku yg tak best : 'oi kakngah, hang jual watpa tahi aku???..!!!!
                          ..aku blur seketika...
aku yg best                   : 'tahi???...tahi apa plak???'....
adik aku yg tak best : aku penat-penat simpan tahi tu, hang p jual pasai pa???!!!
aku yg best                   : tkdak keja aku nk jual tahi hang...!!
                ...kedegang !!!...dihempasnya pintu bilik aku..

dengan blurnye aku berfikir, apa kes ni???...la...baru aku tingat...pagi tadi aku masuk bilik dia godek-godek hp, then aku tengok baby pou dia kotor & banyak sangat tahi...dengan berbesar hati aku tolong cucikan sumer tahi-tahi tu...bukan nak ucap timer kasih, dimarahnye aku plak..!!!..isk isk...yang dia nak simpan tahi-tahi tu nak watper???...


dOn'T caLL tHe wOrLD diRTy,
bECoz'
U fORgoT tO cLEan Ur GLasSes..


Tuesday, 9 April 2013

mY LasT dAy



8 april 2013...my last day with my current company...

wearing 'baju kurung' (orange color)...rasa cam berseri-seri lak pakai baju tu...almaklum la dah last day kena la dressing best kit ( to show that i'm horrible happy on that day =>)...cam kejam lak statement aku ni....

return back all the company's items that i borrowed...uniform-5 sets, nametag-2 units, all the the sport club cash-RM600, patty cash RM 50 (balance of pool shoes money) + RM100 (balance of stampad money)..apa lagi ehhh...rasanya tu jer kot...

cleaning...my table, all the file-PO, PR, invoice, fixed assets...for market list task, handover to Ms.Lim, direct issue task handover to Ms.Lim & Shafie...try to complete all data entry task, last touch of market list & direct issue  report..

even i handed out a month resignation letter, my job still a lot until my last day and my last hour also my last ot..dasyat tul...sebelum ni orang lain yang resign, seminggu sebelum habis dah relek sakan sebab dah handover sumer kerja...tapi aku kejer bertambah dari hari kehari...isk isk isk...nasib la, dah last day ni aku tunggal camtu jer la kerja yang bertimbun tu...

GM cakap 'u postpone one more day la'...i replied 'if i postpone one more day, it will not be one more day but one more week coz my job increases every day'....hahaha bagus tul jawapan aku tu...

dengan rasa rendah diri (walaupun aku ni kategori tinggi orangnyer), aku nak mohon maaf pada semua staff dan terima kasih bebanyak pada semua, bos-bos, sebab sudi bagi peluang kat aku kerja kat citu...pengalaman yang aku dapat memang dasyat giler dan bagus untuk masa depan...all the best for us...TQ to all...


eVEry STorY HaS aN EnD,
bUt iN LiFE...
evERy eNd iS a New BegiNinG.
tAKe a DeEp BreATh..
aNd SmiLE fOr a NeW beGiniNG.



Friday, 5 April 2013

rEbaTE rM200


Rebat RM200..aku percaya semua tahu pasal ni...terbuka untuk remaja yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun...sesiapa yang umur kurang 21 tahun dan melebihi 30 tahun jangan mimpi la nak dapat yer...kecuali anda seorang yang 'BijAK meNGGunaKan PeLuaNG' ....hehehehe....

'wARniNG'...kepada sesiapa yag masih belum mengisi form rebate di web SKMM, perkara yang paling penting ialah 'nAMa, noMBoR iC dan jANtiNa' perlu sebiji dalam iC...yang sudah mengisi form tapi belum claim rebate anda, tolong semak semula sama ada tiga perkara tersebut betul atau tidak..ini adalah kerana jika tersalah atau tertinggal walaupun satu huruf, form rebate anda tidak laku...

Pengajaran buat aku...punya la semangat aku isi form rebate ni dengan cara 'ikut suka hati aku jer'..last-last tak boleh nak claim sebab dalam ic nama aku 'SHAFIZAH BINTI ABU BAKAR' tapi dalam form rebate aku taruh 'SHAFIZAH ABU BAKAR'...maknanya aku tertinggal perkataan 'binti'...premis berdaftar tu cakap form aku tak boleh nak claim sebab nama tak sama dengan iC...dengan rasa ketidakpuasan hati aku terus menelefon hotline SKMM 1800 88 4040 untuk mendapatkan kepastian...ternyata memang tak boleh claim...terpaksa tunggu sebulan lebih, isi semula form SKMM dengan cara yang betul, then boleh la claim semula....hehehe

Oleh kerana aku tak sabar nak pakai HP baru dan takut stock habis untuk 'NinETolOGy iNSighT', aku claim menggunakan IC husband aku di 'eaGLe cLAsSic tELecoMUNicaTioN'...hahahaha....akhirnya dapat gak...timer kasih yer tauke kedai Eagle Classic...

Sebenarnya aku pun taktau sangat pasal HP ni, tapi aku ada buat review....review yang paling complete ada di web http://www.speedrider.org/2013/02/ninetology-insight-i9430-review.html ...memang complete giler tuan punya web ni buat review....kalau tak caya 'cuba, try, test' view web ni....





Thursday, 28 March 2013

~mY fiRSt PiLLow~



taraaaa....hehehe...finally siap gak pillow ni..dah berminggu aku tangguhkan..malas katakan...fully handmade ni, takde guna mesin jahit pun...tu pasal jadi malas jer nak buat, dah berminggu baru siap..aku guna felt & kain baldu tuk buat...

background (kuning) kain baldu, bunga & penguin dari felt dan last sekali kata-kata yang best tu aku guna benang yang besar..mahal gak la benang tu tapi cantik sebab benang tu bersinar-sinar..saiz lak, pada mulanya aku nak buat saiz A4, tapi terlebih besar lak aku buat sebab penguin tu besar..

nampak cam best ( cehhh wahhh...)...hehehe tapi cam crowded pun ada...sepatutnyer kata-kata yang best tu aku kena buat dengan lebih tersusun, semua corak kena tengahkan sikit sebab bila ketepi sangat jadi cam kat atas la, ada corak & words yang tak nampak..huhuhu

banyak lagi yang perlu diperbaiki..apapun aku berpuas hati dengan percubaan pertama ni...;p


"eVEry dAy MaY nOt bE gOoD,

bUt 
tHEre'S sOMeThiNG gOOd iN evERydAY..."

Tuesday, 26 March 2013

LIMA '13


Cuti sekolah dah bermula, kehangatan LIMA '13 Langkawi dah pun terasa. Bermula pada 26 Mac - 30 Mac tapi 23 Mac dah bergegar ruang udara Langkawi. Terasa cam dah 'start' pun LIMA '13.. hehehe...

Aku dapat bayangkan LIMA '13 is better than LIMA '11. Tunggu dan lihat jer la. Secara rasminya Pertunjukan akan bermula esok..eh hari ni, tak perasan lak sekarang dah jam 1.30 am, maknanya dah 26 Mac ar ni...



Meriah tul ruang udara Langkawi dihiasi dengan Pertunjukan LIMA '13. Bestnyer bila tengah mengemas dalam rumah, terdengar jer bunyi jet terus berlari keluar, mendongak ke udara, wow... rendahnyer melintas atas kepala, cam nak capai tangan tangkap je...hahaha...

Pagi tadi g kejer, sharp on time punch card 9.00am. fuhhh...sempat juga...maunyer tak terlewat, on the way nak g kejer, Sukhoi Su-30 terbang di udara sambil melepaskan percikan api...perghhhh, cantik siot...apa lagi ambil kesempatan jamu mata sekejap..

tengah hari lak, member sepejabat ajak g kenduri kawin member dia...wow, makan kenduri sambil melihat Pertunjukan LIMA '13...hehehe mana leh tahan, lepas makan jer terus g lepak kat tepi pagar Airport, melihat aksi-aksi akrobatik di udara...jangan fikir bukan-bukan, we all bukan curi tulang atau mengulat yer, time rehat tu...hehehehe



Nak tau 'Event Program LIMA '13', pergi ke link dibawah yer.. 

http://www.lima.com.my/GUI/pdf/ExhibitionProgramme.pdf



Saturday, 16 March 2013

TimE fOr mE tO gO


Happy..happy..happy..!!

Today 16 March 2013...through email from my notebook at about 2.35am, i send an email to my Manager of Account, cc to HOD of Account, Executive of Account & HR Manager with the tittle 'Resignation Letter'.

'would like to tender my resignation as Account Assistant effective from 16 March 2013 and my last working day will be on 15 April 2013.'

Lega rasanya....dah lama dah planning nak resign cuma tunggu masa yang sesuai jer... dan masa tu telah tiba...Lepas ni aku jadi penganggur terhormat la...tapi bukan untuk selama-lamanya...;p


sOmeThiNG nEw

Lama betul aku tak menyibukkan diri kat blog ni...hari ni baru berkesempatan. Almaklum la notebook baru beli. Beli yang murah jer, ikut 'budget'. Nak beli yang mahal-mahal, mana la aku mampu.;p

Actually, aku tengah sibuk dengan hobi baru, 'craft dari felt & pvc'. Dah lama aku tingin nak wat craft ni, tapi sekarang baru la termakbul. Kebetulan pulak member aku yang sekali tempat kejer tu memang dah lama wat bisnes craft kat internet, kiranya sekarang dia mahaguru aku la. Hari-hari aku g cungkil ilmu craft dari dia. Aku start dengan buat 'keychain nama'. Budak-budak sekolah memang sangat berminat dengan keychain macam ni. Laris juga la jualan aku.