Friday, 16 August 2013

AidiLFitRi jOhoR vs. KedAh


Tahun ni 2013 aku berhari raya di Johor kat umah my mom in law...ni kali kedua aku beraya kat Johor, kali pertama pada tahun 2010 ( masa baru kawin dulu )...memang banyak perbezaan sambutan aidilfitri diantara Johor & Kedah (Langkawi, kg. aku)...



Di Johor ( my hubby's hometown)

* masakan wajib adalah Lontong yang akan dimakan bersama sambal goreng, lodeh, ayam masak kicap, sambal dan serunding kelapa...ada juga yang masak rendang...kena masak banyak-banyak tau..
* dipagi raya akan ada adat menghantar makanan ke rumah saudara atau jiran tetangga..sebab tu kena masak banyak-banyak..hehehe...tapi yang bestnye boleh dikatakan masakan yang dihantar adalah sama sambal goreng, lodeh, ayam masak kicap,sambal & serunding...cuma rasanyer lain sebab tukang masaknyer lain....;p...jadi penuh satu meja dengan masakan yang sama tapi lain rasa...huhuhu...pening aku tengok meja makan....bak kata member aku yang baru first time beraya kat Johor ' yang peliknyer nak kena hantar macam satu kampung tapi lauknyer semua sama"...
* selepas sembahyang raya, join marhaban dari rumah ke rumah...time ni la penuhkan perut, kanak-kanak pula penuhkan poket kumpul duit raya...
* lunch time...kalau ada sedara atau jiran tetangga datang beraya time lunch, wajib jamu diaorang makan nasi walaupun kat rumah ada berbatang-batang lontong, seperiuk lodeh atau sambal goreng...kalau malas nak masak jamu jer nasi ngan lauk pauk yang ada....tapi takkan nk jamu makan lauk tu jer kot...hehehe
* kalau beraya kat rumah sedara lak, mau dari pagi sampai tengah malam, tu pun belum tentu habis melawat...almaklum la Johor ni kan besar.....huhuhu



Di Kedah (my hometown)

* masakan wajib adalah ketupat palas & kari daging atau kari ayam... yang ni memang wajib ada..masakan sampingan lain adalah seperti, laksa, sup tulang, ketupat sotong dan sebagainya..
* kalau kat rumah aku biasanya mak aku buat laksa untuk dijamu kepada tetamu...tapi yang paling best ialah tapai pulut mak aku, memang tiap tahun sedara and jiran tetangga datang cari tapai jer kat rumah... diaorang cakap tapai mak aku sedap, manis...memang ada ummppphh... hehehe
* aku lak tiap tahun akan buat kek coklat siap ngan topping dihidang diatas meja...dipagi raya dah habis..budak-budak memang suka...satu lagi aku suka buat makaroni bakar dicicah dengan sos...mantap habis....
* selepas sembahyang raya biasanya sebelum pulang ke rumah akan singgah di rumah saudara yang berhampiran dengan masjid...selepas tu kumpul ramai-ramai g ziarah kubur & singgah beraya di rumah sedara yang berhampiran...
* jika ada sedara datang beraya time lunch...takyah susah payah nak masak nasi, jamu jer diaorang makan masakan sampingan yang kita buat seperti laksa atau sup...
* biasanya masakan sampingan yang dimasak adalah berlainan disetiap rumah..dan adat hantar menghantar ke rumah sedara atau jiran tetangga adalah kurang sebab kalau dah hantar diaorang akan rasa malas nak datang rumah kita...jadi kalau diaorang nak rasa masakan kita yang best tu diaorang kena datang rumah...baru la meriahnyerrrr raya.....
* time raya ni la boleh makan macam-macam masakan yang jarang kita makan sambil mengenali saudara yang jarang kita jumpa...kan bagus untuk merapatkan hubungan siraturahim...
* yang paling best berkonvoi beramai-ramai serbu rumah sedara... berbelas buah kereta...memang best gilerrr....

Tu la serba sedikit yang boleh aku kongsi pasal raya...ni berdasarkan pengalaman aku...kalau ada salah silap tu harap dimaafkan....

Salam Aidilfitri untuk semua...


...SomETimEs yOu cAN't SeE yOUrseLf cLEarLy
uNTiL yoU sEe yOUrseLf tHRough tHe eYEs oF otHERs...




No comments:

Post a Comment